BoMoH (SyiRIk)



TA'RIF BOMOH..:

Bomoh ,Tabib,dukun,kahin dan tukang tiup adalah sama yakni seseorang yang ada kebolehan dalam mengubati penyakit yang mengikut kaedah2 tertentu dengan mengambil upah atau tujuan sesat yang sebaliknya.

Biasanya kaedah yang digunakan oleh mereka ini untuk merawat pesakit adalah seperti berikut :--

  1. Dengan menggunakan jampi serapah daripada ayat-ayat alquran,hadis atau lain-lain kalimah atau perkataan dalam pelbagai bahasa.
  2. Menggunakan ubatan akar kayu,daun kayu,kulit kayu,rempah ratus dan madu lebah.
  3. Jenis batu2 termasuk batu karang laut dan batu bukit.
  4. Jenis urut mengurut membetulkan urat,tulang patah ,terseliuh ,dan seupamanya.
  5. Menggunakan alat2 senjata atau barang lain yang diperolehi dengan cara luar biasa (ghaib), aturcara dan upacara pemujaan dengan cara belajar ,meniru,mendapat dalam mimpi atau ikut keturunan dan lain-lain seumpamanya.
PECAHAN-PECAHAN TOK BOMOH.

Tok Bomoh dalam masyarakat Melayu secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada beberapa pecahan dan bidang mengikut kepakaran masing2.Setiapjenis bomoh biasanya menggunakan jampian yang diambil daripada ayat2 alquan atau mantera-mantera tertentu yang dibaca dalam pelbagai bahasa


Antara Jenis Bomoh yang Terkenal ialah :

  1. Tok bOmoh KayaP
  2. Tok Bomoh Santau
  3. Tok bOmoh Barah
  4. Tok boMoh Patah
  5. Tok bomoh Ekor
  6. Tok bomoh Harta Karun @ Tarik Duit
  7. Tok bOmoh Urat atau Urut
  8. Tok bOmoh budak @ tok Bomoh Kecil

Penjelasan:-

Tok bomoh Kayap 
yang khusus mengubati sejenis penyakit kronik yng dipanggil "KAYAP".Di samping serapah ,peralatan yang digunakan ialah seperti daun sirih ,kapur makan ,pinang dan sebagainya.Penyakit ini berpunca dari lebih makan ,kurang tidur ,Lebih minum ,panas lebih dalam badan , bercampur pula dengan dirasuk oleh makhluk halus(jin).Penyakit yang seupma dengan kayap ialah Ruam ,Campak dan Kudis buta.

Bomoh Santau
khusus bagi mengubati pesakit yang keracunan santau.Santau yang terkenal dikalangan masyarak Kito sebagai kereacunan dari perbuatan orang.Peralatan berubat yang biasa digunakan ialah seperti tanah liat,bawang merah,sirih pinang dan sebagainya.
   Barang yang dijadikan racun santau pula antaranya:-
  • Miang buluh
  • Serbuk kaca
  • Serbuk Kulit Kayu
  • Getah Kayu
dan lain-lain.selalunya penghidap penyakit ini menjadi semput(cepat penat),muntah darah,gatal tekak,miang di serata badan,batuk-batuk,tiada selera makan dan minum.Badan makin lama makin kurus ,kelopak mata dan hujung jari kaki atau tangan berwarna biru kehitaman.

Tok bomoh barah
bomoh khusus bagi segala jenis barah.Biasanya pesakit guna bomoh barah selepas putus asa dengan perubatan moden.Disamping jampi serapah,peralatan ug digunakan ialah telur ayam,akar lalang,sirih pinang dan sebagainya.Barah dalam perubatan moden dipanggil kanser(otak,tulang,hati,buah dada,rahim etc).Cikgu ana kata dgn analisis ahli sains dizaman moden kini setiap manusia ada kanser sejak mula2 lahir lagi disebankan cara pemakana ibubapa mereka.Cara pemakana yang salah menyebabkan sel2 darah,daging dan lemak tidak berfungsi dengan betul yg menyebabkan sekatan perjalanan darah dan angin dalam urat saraf.Akibatnya terzahirlah suatu rupa bentuk bengkak yg sentiasa mengembang didalamnya sisa-sisa darah kotor yg berwarna merah kehitaman yg akhirnya bertukar warna menjadi kuning pekak yg dipanggil nanah.Kadang2 peranan jin juga wujud bersama dalam penyakit ini samada jin keturunan atau jin yg saja merasuk atau drpd perbuatan khianat sesama manusia(sihir).Jika penyakit ini semata2 dr keracunan makanan,minuman maka perubatan moden dan herba2 lebih berkesan jika sebaliknya yakni dri jin maka perubatan jenih jampi2 lbh berkesan asalkan tidak melanggar syariat agama kita.

Bomoh Patah 
khusus bg mengubati penyakit tulang dan urat.Disamping  jampi serapah peralatan yang digunakan ialah minyak dan duan lengkuang dan air telaga.Terdapat juga bomoh mcm ni yg merawat secara jarak jauh(tempat berlainan antara pesakit dan bomoh dalam satu masa).

Bomoh ekor
biasanya menggunakan jampian yg diambil daripada ayat2 alquran @ mantera2 tertentu  dari jampi serapah menyeru jin dalam usaha untuk menghadirkan nombor perjudian ekor yg diingini.peralatan yg sering digunakan ialah telur ular tedung,cawat besi,keris atau senjata lama.Begitu bengon manusia macam ni mensyrikan Allah yg maha suci dan mengharapkan yang selainnya.

Bomoh harta karun atau tarik duit
manusia sesat yg menggunakan ayat alquran dan mantera2 tertentudlm usaha mendapat benda dunia yg fana ni.aada juga yg menggunakan talam tembaga,batu delima.batu kebal,tangkal khinzir,duit jepun,yang lucunya seterika cap ayam pun ada juga is3.semo tu tipuan tok bomoh belako.Memang ada amalan sesat yg tertentu tuk mendapatkan bekalan hidup berupa mata wang emas @ perak untuk muncul di bawah bantal atau bekas yg disediakan.tetapi semo tu bersankut paut dengan pertolongan Khadam bersyarat(Jin islam atau jin kafir).
Terdapat 2 jenis harta karun :-
  1. Harta yg ditanam oleh penyamun @ org perseorangan @ pemerintah2 dahulu dan harta ini diambil jagaannya oleh puak2 jin.Sesetengahnya ditanam bersama2 mayat sebagai penjaga atau berserta alat2 senjata yg berpuaka.
  2. Harta daripada kerajaan jin (bunian) yang selalunya mempamerkan rupa benda sahaja samada dalam mimpi atau jaga.seperti wang ringgit,Barang kemas,Alat2 senjata dan syiling emas atau perak.

Tok bOmoh Urat @ Urut
Mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang diambil daripada alquran atau mantera2 tertentu.Manakala peralatan yg digunakan ialah minyak angin,air telaga, dan sebagainya.Juamlah urat dan tulang dalam badan manusia seperti berikut:-
  • 360 tulang
  • 17 sendi yg besar
  • 1993 larian urat dan asab (yg besar ada 12)
  • Setiap urat,daging,tulang,sendi dan lain2 ada seorang malaikat menjaganya.
  • Setiap 1 sel darah ada seorang malaikat menjaganya
  • Tali perut manusia panjangnya 24 kaki.
TULANG:-
  1. Di kepala ada 4 cabang tulang
  2. Di tangan ada 2 tulang.Tiap2 jari ada 3 tulang
  3. Halkum ada 2 tulang
  4. Rusuk kanan dan rusuk kiri ada 24 tulang(kurang 1 dirusuk kiri lelaki)
  5. Peha (tiap-tiap satu ada 1 tulang)
  6. Pipi dan dagu ada 14 tulang
  7. Tangan ada 7 tulang, leher ada 7 tulang , dada ada 7 tulang,pinggang ada 3 tulang
  8. Betis kanan dan kiri ada 2tulang tengkuk ada 1 tulang
  9. Tapak tangan ada 4 tulang
  10. Belakang ada 17 tulang,ari-ari ada 2 tulang
  11. Tulang muda , segala urat kecil yg teguh ,lemak ,daging ,kulit dan kuku ,tulang tempat duduk otak,2 mata (ada 7 lapis selaput) 2 telinga,lidah ,jantung,hempedu,limpa,paru-paru,hati(daging keras yg hitam),pundi kencing ,pundi mani,daging sikit banyak urat(anam) tempat peranakan.
Sungguh hebat ciptaan Allah,maka gunalah sebaik-baiknya apa yg dipertanggungjawab keatas diri kita.Allah meminjamkan kita anggota diatas untuk beribadat kepadanya..jadi bersyukurlah atas nikmat ini..alhamdulillah..Alah jadikan kita Insan yg sempurna...

Tok bomoh Budak @ Kecil 
Yakni budak kecil yg boleh berubat pelbagai jenis penyakit yg pelik2 tanpa belajar dari mana2,walaupun mereka masih kecil.Suasana begini berlaku kebiasaannya penjelmaan jin samada jin sengaja datang membuat jizbah atau jin keterunan.Kebanyakan yg datang itu jin bunian.Iaitu sejenis jin yg berasal daripada campuran manusia dan jin.Perlu diingat sesetengah keluarga melahirkan anak yg berkembar dengan ular,buaya dan lain-lain binatang lagi.Kesemua kembar2 itu jin yg datang memperkenalkan dirinya denganrupa2 tersebut dan merasa megah atau hebat dengan keadaan itu walaupun hodoh yg akan menjerat diri dan keluaarga ke dalam kufur dan maksiat atau syirik uluhiyyah.

Senarai di atas merupakan pecahan bomoh2 dalam istilah masyarakat kito.walaupun gitu ,masih banyak lagi pecahan2 tok bomoh yg tidak dapat diterangkan dan dimasukkan dalam bolg ini.Tapi ingat Tok bomoh ada yg mazmumah(syirik uluhiyyah mengambil toghut sebagai wali) dan ada yang Marhumah (yg berada dalam tauhid Uluhiyah dan mengambil Allah swt sebagai Walinya).

Bomoh yg mazmumah.
  1. adalah seorang yg m'dapat melalui warisan keturunan neneknya @ melalui saka baka,di mana nenek moyang mereka yg pernah menjadi bomoh terkenal kemudian meninggal dan ilmu bomohnya menurun dan mengalir ke anak cicik mereka.
  2. Melalui khadam yg menyerupai datuk nenek moyang mereka dalam mimpi yg memberitahunya supaya membaca ayat2,mantera2,jampi2 tertentu.Setelah diamalkan ayat2 jampi2 tersebut,maka datanglah khadam tertentu untuk memberi pertolongan.
  3. Melalui bacaan wirid,ayat,jampi serapah,atau doa2 tertentu yg menjadi amalannya
  4. Melalui pembelajaran dan penerimaan daripada guru2 yg mempunyai Khadam.
  5. Meniru tanpa berguru iaitu samada belajar dari kitab @ melihat cara orang lain berubat lalu ditirunya sehingga didatangi Khadam.

Bomoh yg Marhumah
  1. Sekurang-kurangnya menguasai fardu ain dalam ilmu fiqah,usuluddin,dan tasawuf serta beramal dengannya.
  2. Mengambil ilmu2 dan amal daripada alim ulamak yang ahli pada babnya atau murid2nya yg ada untaian dan wasilah sehingga sampai ke Rosullullah SAW.
  3. Tidak ada upacara Taabud dan minta tolong kepada Toghut.
  4. Menyerah semata-mata kepada Allah dalam menghasilkan segala hajat atau menyembuhkan penyakit dan lain2.
  5. Tidak menadakan aturcara Atau Upacara tenung,menilik,menujum atau seumpamanya untuk mengenali penyakit atau menyelesaikan apap2 masalah.
  6. Boleh kalau nak ambil upah berubat,solat hajat atau selainnya.
  7. Boleh menyuruh orang2 sakir atau warisnya @ orang berhajat membuat apa2 jamuan yg tidak ada di dalamnya barang2 makhruh atau haram.
  8. Apa yg pentingnya menjadikan SYIAT ALLAH dan ROSULNYA sebagai benteng,perisai ,asas dalam jampian semasa mengubat dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat.Dengan kata lain ,jika tidak boleh mengubat,mengaku tidak boleh.Tidak memberi keyakinan palsu yg pesakit mesti sihat,mesti berhasil hajat dan tidak membesarkan diri dengan tujuan mencari pengaruh atau menarik pelanggan.Ingat Kita hidup di dunia ini hendaklah saling menolong antara satu sama lain.Kalu ada kelebihan tu,bantulah setakat yg termampu.Tapi ana nasihatkan x usahlah nak jadi bomoh , banyak lagi perkara dan amalan2 yg lebih baik.gunalah ilmu itu jika terdesak sahaja tetepi jangan tersilah jadi salah satu bomoh mazmumah(syirik uluhiyyah).Kesembuhan itu datang daripada Allah,jangan dok menharap kepada benda lain(toghut). sabarlah atas ujian yg menimpa anda jika anda salah seorang pesakit ..kembali kepada kisah nabi Ayub..klu blh sabarlah seperti beliau.semoga anda ambil pengajaran apa yg ana kongsi diatas agar berhati2 mengenal apa itu bomoh yg buruk dan yg baik...
"sesungguhnya syirik itu sesuatu pekerjaan zalim yang amat besar"

Catatan Popular