Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK




Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh.Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.


Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”

Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? ~ Benjamin Franklin

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan sebaiknya.Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya Allah (a.w) akan murka kpd tiap-tiap orang yg keras hatinya lagi sombong. Orang yg suka bertengkar di pasar. (Mereka yg) seperti bangkai di waktu malam hari (kerana tidak bangun untuk solat malam) (dan) seperti kaldai di siang hari (kerana hanya mengingatkan hendak makan). (Mereka yg) pandai (atau bijak dgn) ilmu dunia, namun bodoh (atau jahil) dgn ilmu akhirat.' [Hadith ibnu Hibban]

Ada beberapa kategori orang yg dimurkai Allah (a.w) mengikut hadith tersebut, iaitu: pertama, orang yg keras hatinya. Siapa yg keras hati? Antaranya orang yg diberitahu ketetapan Islam dalam al-Quran dan as-Sunnah, dia membantah (i.e. argumentative) atau buat dek aje! Kedua, orang yg sombong. Siapa yg sombong? Antaranya, orang yg berbangga diri, yg beranggapan dia berilmu, apabila diberitahu oleh orang yg pada hematnya tidak memiliki status keilmuan semacam dia, walaupun benar, dia buat dek aje! Ketiga, orang yg suka bertengkar di pasar. Siapa? Antaranya, orang yg suka buat 'window shopping' dalam islam, bertengkar tanpa panduan ilmu tentang ugama, dan membazir masa bercakap tentang Islam tanpa sandara ilmu yg haq. Tapi, bila diingatkan sesuatu yg berguna untuk akhiratnya, dia juga buat dek atau berbalah pula! Keempat, yg jelas cemuhan dalam hadith itu adalah juga ditujukan kpd orang yg bijak dalam ilmu dunianya, tapi bodoh dgn ilmu akhiratnya. Siapa? Orang yg dikatakan alim atau ulama' atau ilmuwan kerana bergelar al-hafiz atau professor atau Dr atau mahaguru, pakar motivasi, perunding syari'ah dan seumpamanya. Bijak dalam ilmu dunia, tapi bodoh dalam ilmu akhiratnya! Kenapa? Orang yg bergelar al-Hafiz atau yg ada Ph D dalam perkara ugama sering berhujjah menggunakan akal fikiran dan kebijaksanaan otak mereka dalam perkara Islam dan syariatnya. Dia belumpun mengaji al-Quran dan as-Sunnah, tetapi menggunakan kepintaran ilmu yg dia pelajari dgn menggunakan istilah yg esoterik pula, bercakap sesuatu yg batil tentang Islam!

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari itu kita akan berada disana(syurga)

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.~Peribahasa Arab~

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan ~ Mognon Me Lauhlin
Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.Maka jadilah insan yang berakal yang pandai menggunakan hayatnya semasa hidup didunia yang fana yang sementara sahaja berbanding akhirat yang kekal abadi.Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.Kerana setiap manusia ada kelebihannya,mungkin dia pandai tentang tu dan bodoh tentang ni.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri.Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri.Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.Ujian, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.Sentiasalah memohon dari yang Esa agar tabah menghadapi segala ujiannya didunia supaya tidak tersesat dengan kecantikan @ keindahannya .

Majoriti golongan manusia kini lebih terdorong tuk mengejar kekayaan yang boleh mengaburkan jalan yang jujur,suci,lurus.Mereka tidak tahu kegunaan harta yang sebetulnya.Harta adalan suatu perkhidmatan yang mempermudahkan manusia untuk beribadah kepada yang "MAHA KAYA".kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan zahir dan batin bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Allah subhabahu wataala dan Syurganya yang lagi cantik,indah,dan lebih sempurna yang telah dijanjikannya untuk para mu'min yang solihin.Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana dengan kasih sayang dan amalan soleh yang kita laksanakan.Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? -Kerana kita cuma ada satu persinggahan.

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.Carilah apa yang menguntungkan diri kamu untuk ditebus "di negeri alam sana".Berlumba-lumbalah dalam mengejar amalan soleh,sebelum malakul-maut menjemput anda.Nescaya kesedihan semasa didunia ditukar dengan seri-seri wajah yang penuh kegembiraan di akhirat nanti.Makanan minuman yang lebih enak,juga diberi sebuah kerajaan yang besar yang dipenuhi dengan pelbagai aneka hati anda serta dilayani oleh bidadari syurga @ [suami tercinta bagi wanita-wanita solehah dan layanan yang tidak dapat kita gambarkan semasa hidup didunia]..Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.....Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.fikir-fikirkan

_________________________________________________________________________________




Ayyuhal asdiqo'ie
sesugguhnya ana melihat sekalian makhluk ini sentiasa mengikuti kehendak nafsu mereka dan b'segera menunaikan apa jua kehendaknya.Lalu ana memikirkan firman Allah taala yg b'bunyi: 'Dan adapun orang yang tkut akan b'diri di hadapan Tuhannya dan menahan nafsu daripada kehendak2nya maka org itu akn dijadikan bginya syurga itu sebagai tempt tinggalnya'

Drpd pekiranku terhadap ayat ini mk timbul 1 keyakinan di dalam hatiku bahawa Al-quran itu adalah benar,dan nafsu itu msti dimusuhi,jd jom kita m'jdikannya sbgai musuh,& b'juang tuk menentangnya.Jnganlah kita memanjakannya agar ia tunduk kpd kita.

Pengalaman di alam p'sekolahan,ana melihat ramai org yg saling maki-memaki dan umpat-mengumpat & ana dapati hal ini berpunca drpd sifat hasad dlm mmiliki harta,kedudukan(darjat).Lalu ana merujuk ayat suci yg b'bunyi: 'Dan ssungghnya kamilah(Allah) yg m'bahagikan segala sumber kehidupan mereka di atas dunia ini' (surah Az-Zukhruf :32)

Maka ana faham disini bhwa p'bahaginya sgla nikmat itu datang drpd Allah taala sejak drpd alam azali lagi,olh krna tu janganlah kita hasad akan ssiapa,agar kita b'syukur dgn apa yg dkurniakan olh Allah alaina.
Seboleh2nya jgn engkau b'tengkar dgn sseorg pd apa jua masalah krana p'tengkaran itu mengandungi b'mcm2 penyakit.Dosanya jauh lbih besar drpd faedahnya.Krana p'tengkaran itu punca segala perangai jahat sprti riak,hasad,takbur,dengki & lain2.

___________________________________________________________________________________

 TeMan......

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

"Kita sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan.

Persahabatan Nabi Muhammad s.a.w. dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam.

Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.

Persahabatan Rasulullah s.a.w. dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama.

Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik.

Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah s.a.w. dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Rasulullah s.a.w. juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya:
“Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkan ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”

Allah swt memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah s.a.w dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali.

Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka sip pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah s.a.w menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya:


HENDAKLAH BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG BERTAQWA DAN BERIMAN

Sabda Baginda bermaksud:” Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertaqwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi).


HINDARI DARIPADA BERKAWAN DENGAN YANG BURUK PERANGAI DAN AKHLAKNYA

Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:”Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan kenali sepertinya:”

Sabda Baginda lagi:”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).


MENEGUR KESILAPAN KAWAN DI ATAS PERKARA YANG BENAR

Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah s.a.w. mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.

Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim)


MEMBANTU KAWAN KETIKA KESEMPITAN

Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

  sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”(Hadis riwayat Abu Daud)

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.”

Memang susah untuk cAri kawan @ teman yang betul-betul mengikut landasan syariat yang telah ditetapkan agama.Jadi carilah teman yang betul-betul memberi faedah kepada kamu wahai saudara.Apapun semuanya telah tercatat di atas untuk mencari teman yang mengingatkan kita kepada Allah subhanahu wa taala.Tetapi ingat jangan kita membiarkan saudara kita terlibat dengan kemungkaran,berkawanlah juga dengan mereka kerana kesian kat mereka jahil agama,takkan kita nak masuk syurga sorang-sorang je tanpa mempedulikan kawan kita tersesat dengan pelakuannya.Itu jika anda seorang yang betul2 memahami apa itu "kawan"yang bertujuan mencari keredhoan Allah taala.

Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang .Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak cukup mempercayai.


Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.
Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.

Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.


___________________________________________________________________________________
Alangkah bestnya dapat memiliki dan menyayangi seseorang yang berakhlak,beradab,serta penuh sopan santun..

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap – Al-Ghazali Bayruni

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun

 -Wahab B Munabin

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.


Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu


Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata – kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah. "Apabila bicara itu perak, diam adalah emas."

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya..........begitulah.Harap kawan-kawan semua dapat manfaat daripada Nasihat-nasihat tersebut.Ya nur assamawatiw al'ard,rabbana ya alim,ya fattah,ya malikul quddus zidna ilman nafi'an wafahman kannabiyyi..birohmatika ya arhaman rohimin


Catatan Popular