Perkahwinan


Sesungguhnya manusia itu diciptakan daripada mani dijadikan darinya lelaki dan wanita untuk saling berpasang-pasangan.Daripada tanda-tanda kekuasaan Allah Taala diciptakan daripada kamu berpasang-pasangan untuk menemanimu dan dijadikan antara kamu saling bermesra bercinta dan berkasih sayang.

Setiap lelaki fitrahnya tertarik pada wanita firman Allah taala sesunggunya dihiasi bagi setiap lelaki cinta dan bersyahwat pada wanita...




Allah taala memerintahkan supaya berkahwin diantara kamu dengan wanita-wanita yang baik 2 ,3 ,4 jika tidak mampu dan takut menzaliminya maka cukuplah 1 sahaja.Kata al-amin s.a.w : wahai golongan remaja,sesiapa yang mampu untuk berkahwin,maka tunaikanlah akad perkahwinan.[sohih bukhari : 119/4 no 5066, Muslim :1019/2 no 1400]

Perkahwinan adalah aqad diantara lelaki dan perempuan yang dihalalkan oleh agama islam untuk menjadi bayt muslim.halal padanya persetubuhan,mahar dan nafkah.

Dalil wujudnya perintah berkahwin firman Allah taala dalam surah (Nur : 32) dan (An-nisa’ : 3)



 nikahlah yang masih membujang diantara kamu dan orang-orang yang solehah dikalangan hambamu...

Atas surah an-nur,bawah surah An-nisa






Hukum perkahwinan

Bersepakat Jamhur ulama’ feqh keadaan hukum perkahwinan antaranya :
  • Wajib berkahwin bagi seseorang yang menguasai diri juga mampu dari segala aspek dan takut dirinya terlibat dengan zina jika tidak berkahwin.
  • Harus bagi mereka yang mampu menjalangkan tanggungjawab dalam berumah-tangga.Walaupun lelaki itu sudah tua dan tidak mampu memberi nafkah batin dengan syarat diredhoi oleh bakal isteri.Contohnya kes Pakcik tua yang lemah nafsu berkahwin dengan wanita dara,dia mampu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan mampu menanggung nafkah serta pengajian wanita tersebut dan lain- lain lagi
  • Haram bagi mereka yang tidak mampu lahir dan batin sekiranya dia berkahwin akan menzolimi isteri ,agama dan dirinya atau tidak mampu bermuamalah dengan baik pada isterinya.Juga tidak berkeinginan untuk berkahwin.
  • Sunnat bagi yang mampu dan bertujuan dengan perkahwinannya akan membawa bayt muslim semakin dekat(qurbah) dengan Allah serta menghalang dari bermaksiat kepada Allah Azza Wajalla.

Adapun disisi mazhab zohiriyah hukum perkahwinan adalah fardu ain sesiapa yang meninggalkannya dikira berdosa.Ada juga dikalangan ahli ilmu berpendapat ia dihukum sebagai fardu kifayah seperti jihad atau solat jenazah.Sesiapa yang meninggalkan fardu kifayah maka satu daerah/kampung dikira berdosa.Betapa mengalu-alukan dikalangan para ulama supaya berkahwin.

Islam telah menunjuk jalan(huda) sebelum berkahwin dahulukan khitbah agar dapat mengenali pasangan masing-masing.Bukannya dengan jalan bercouple sebelum kahwin ia jelas haram kerana ia mendekatkan zina,tetapi malangnya manusia jenis ini suka mempermainkan perintah Allah.Semestinya mereka tidak dapat melepaskan diri dari azab yang dijanjikan Azza wajalla.

Akad Perkahwinan

Ketika akad perkahwinan digalakkan menjemput sanak saudara terdekat,jiran dan teman-teman agar menghadiri majlis akad.dibaca padanya khutbah perkahwinan didengari oleh pengantin dan mereka yang hadir ia dikenali dikalangan arab sebagai khutbah hajat,ianya seperti khutbah pada hari jumaat dan hari raya.
Dimulakan dengan pujian pada Allah serta selawat atas junjungan nabi Muhammad s.a.w.Dibaca nas ayat quran yang menggalakan perkahwinan kearah ketakwaan. ijab dan qobul dengan dihadiri syaksi.Sesunggunhnya nabi s.a.w memerintahkan agar diiklankan perkahwinan.Disyariatkan padanya walimah dan doa keberkatan bagi penutup majlis akad.Tidak disyaratkan dalam agama islam akad diadakan di masjid.Juga tidak pada perbuatan mendaftar perkahwinan,tetapi zaman moden ini memerlukan pendaftaran perkahwinan bagi memudahkan urusan penceraian/hal mahkamah,data atau urusan Negara.

Pada zaman kini akad dibahagikan pada dua keadaan pertama akad diini(agama) yang diakad dibawah lelaki yang beragama islam,sekiranya bukan lelaki yang kuat beragama maka tidak diiktiraf dalam agama dan tiada kesannya.

Kedua aqad madani( sivil ),ia tiada kaitan dengan agama.muslimah dibolehkan berkahwin dengan orang kafir,boleh berkahwin dengan ibu atau adik beradik kandung.Aqad ini bertentangan dalam semua agama tetapi yang hairanya ada juga aqad sebegini dalam beberapa Negara (syria,iran...etc)



Disisi mazhab Syafie dan Hanabilah hanya menerima lafaz “nikah dan kahwin” didalam majlis ijab dan kobul.Lafaz yang selain dari lafaz diatas adalah tidak diterima.
Disisi Pendapat Jamhur ulama bahawasanya mereka tidak mengkhususkan lafaz nikah dan kahwin sahaja didalam mengesahkan sesuatu akad perkahwinan tetapi diharuskan dengan lafaz yang membawa kepadanya seperti “Milikku” , “Hadiah” dan lain-lain (Pendapat Imam abu hanifah dan Imam Malik).[Kitab Majmu’ fatwa syeikh islam 533/20]

Wali adalah disyaratkan dalam majlis ijab dan qobul sebagai wakil anak perempuannya bagi penentu keputusan samada dipersetujui atau tidak akad perkahwinan tersebut.Jika wanita itu tidak setuju yakni menolak ketika ijab dan qobul maka akad perkahwinan itu tidak sah.(mazhab imam syafie).Begitu juga kalau disebelah pihak lelaki  ketika  “qobul”  langsung menolak “ijab” tersebut maka terbatal akad.

Semasa akad perkahwinan kehadiran saksi adalah disyaratkan jika tiada maka tidak sah akad tersebut.Saksi adalah 2 orang lelaki agama yang adil bukan fasik jika tiada 2 orang lelaki maka 1 orang lelaki disertai 2 wanita muslimin.Mereka mestilah berakal,baligh,mampu mendengar ijab dan qobul dan memahami maksudnya.(jamhur ulama’ yakni mazhab imam syafie,maliki,hanafi dan hanabilah)

"Jika tiada 2 orang lelaki maka cukuplah seorang lelaki dan 2 wanita"
[Surah al-baqarah 282]

"Bersaksilah dengan adil diantara kamu "  [surah talak : 2]


Hukum berkahwin dengan budak kecil

Kebanyakan ulama mengharuskan berkahwin dengan budak kecil yang diizin oleh walinya.Banyak masalah yang timbul dalam bab ini.Bagi saya budak kecil seumpama orang gila tidak harus melangsungkan akad nikah kerana mereka tidak memahami makna disebalik  perkahwinan kecuali ada sebab2 syarie dan untuk menjaga. 

Tahap pertama baginya dikenali sebagai tidak mumayyiz(tidak tahu beza buruk baik) sehinggalah bertambah akal menjadi mumayyiz kemudian baligh dan dikenali sebagai  seorang yang berakal dan baligh.Baligh samada bermimpi basah, datang haid atau hamil.Waktunya paling awal 12 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi wanita,disisi jamhur ulama waktu baligh adalah pada umur 15 tahun bagi wanita dan lelaki.Adapun disisi Imam Hanafi baligh yang sempurna bagi lelaki 18 tahun dan perempuan 17 tahun waktu baligh mereka.

Dalil yang diharuskan berkahwin dengan budak kecil diambil berdasarkan perbuatan  nabi s.a.w yang berkahwin dengan saidatina Aisyah ketika aisyah masih kecil.Dan juga perbuatan sahabat yakni umar r.a .Minoriti ulama' berpendapat  tidak harus berkahwin dengan budak kecil kerana tidak memenuhi maqasid syariat agama.Lagipun dalil itu tidak sesuai,kita bukan nabi dan sahabat yang mempunyai martabat keimanan yang tinggi kita hanya umat akhir zaman yang sentiasa terdedah dengan kemaksiatan yang tidak dapat dielakkan,begitu juga kita tidak boleh ikut sunnah nabi nikah melebihi empat orang, ianya khusus utk Nabi sahaja. Itulah alasan mereka. 

Pendapat y menyokong mengatakan tiada masalah kerana ini telah dicontohkan oleh nabi. S. A. W sendiri dan juga sahabat yaitu umar r. a jadi pasti ada hikmah yang manusia tidak tahu disebalik itu.Pening fikir kekhilafan di kalangan mereka. 
Kerajaan Jordan tidak membenarkan perkahwinan dengan budak kecil walaupun JAMHUR ulama mengharuskan perkahwinan terdebut. Di Malaysia pun begitu. 

Kerajaan Jordan membenarkan bagi lelaki untuk berkahwin ketika berumur 18 tahun dan pasangan mereka wanita paling kurang umur 17 tahun(kira budak perempuan SPM boleh kahwin lah di negara mereka). Tetapi klu lelaki umur 17 tahun terdesak sangat nak kahwin hakim akan mempertimbangkan utk luluskan  takut keadaan bertambah buruk klu tidak berkahwin.Begitu juga wanita berumur 15 tahun(had baligh) (sumber:قنون الاحول الشخصية الأردني ms 68 Bab prosedur perkahwinan. 

Undang-undang dia seakan sama dengan malaysia bab perkahwinan. 

Perkahwinan dengan pasangan yang gila tidak dibenarkan kerana mereka kehilangan akal. Perkahwinan dengan orang dungun/bebal yaitu mereka yang bermasalah pada akal ada masanya ucapan dia seakan orang yg berakal adakalanya tidak logik dalam kesemua keadaan. Di kalangan ahli ilmu mereka tidak membezakan org gila dan orang dungun. 

Kerajaan Jordan mengizinkan dua golongan ini berkahwin dengan syarat:
1.Diakui oleh doktor bahawa dengan perkahwinan orang gila ini akan membawa perubahan baik untuk dirinya. 
2.Disahkan penyakit gilanya tidak diwarisi oleh keturunannya.(kajian dan data2 doktor yang mahir). 
3.Dijamin dengan perkahwinanya tidak membawa kerosakan kepada masyarakat. 
4.Tidak boleh pasangan sama sama gila. 

Perkahwinan dengan orang bodoh/lemah akal/boros dibolehkan disisi ulama kerana mereka bukannya orang gila seperti DIATAS ia dikenali dalam masyarakat arab sebagai orang safih(السفيه).Safih adalah mereka yg boros tidak pandai menguruskan kewangan contohnya membeli pen dengan Rm 1 juta atau Cuba membeli kereta dengan Rm 1 ringgit. X logik. 

Hukum paksaan wali supaya berkahwin

1-Jika wanita itu janda maka bersepakat ahli ilmu secara ijma’ bahawa wali tidak boleh menghalang anaknya yang janda yang berakal dan baligh dalam perkahwinannya.”Mereka yang janda yang telah baligh tidak boleh dinikahkan melainkan dengan izinnya” [kitab majmu’ fatwa syeikh islam 29/32 dan kitab masdar sabiq ;39/32]

Dalam hadis sohih bukhari bahawa Khunasa’ binti Khizam Ansori : (Bahawa ayahnya ingin nikahkannya ,dia adalah seorang janda,padahal dia enggang berkahwin , Kemudian datang Rasul s.a.w menolak perkahwinan  yang dipaksa itu ). [ 194/9 hadis no 5138]

2-Jika wanita yang masih dara yang baligh dan berakal dipaksa oleh walinya supaya berkahwin maka disisi kebanyakan ulama’ membenarkan wali untuk menikhahkan anaknya tanpa meminta izin darinya (wanita dara tersebut).
Masalah ini khilaf dikalanga ulama’

Sekufu didalam perkahwinan

Sekufu bermakna  persamaan.Sekufu tidak wujud pada Allah taala kerana  tiada yang dapat menandinginya dan sama dengannya,maha suci Allah.Firman Jalla wa a’la :

ولم يكن له كفوا أحد
Terjemahan : Tiada yang setara dengannya ( Allah )


Sekufu dalam perkahwinan adalah “Seorang  lelaki yang mempunyai persamaan taraf dengan seseorang wanita” [kitab Lisan Arab : 69/3].
Sekufu seperti agamanya,nasab keturunannya,merdeka,hartanya dan kerjayanya serta banyak lagi.

Hak sekufu adalah khusus untuk perempuan dan walinya sahaja.( mazhab Hanafi).Samada wanita itu mahu atau tidak mahu berkahwin dengan orang yang tidak sekufu.Sekiranya perempuan dan walinya redha  akan lelaki yang tidak sekufu dengannya maka tiada halangan untuk lelaki dan perempuan itu berkahwin dengan syarat mampu membayar mahar pendahuluan dan mampu memberi nafkah pada masa akan datang . Perempuan ada hak untuk fasakh perkahwinan dengan sebab lelaki tidak sekufu dengannya.Contoh perempuan tersebut seorang perdana menteri sudah terbiasa dengan hidup mewah,pakai kereta mewah,berpakaian mewah dan sudah terbiasa dengan kos sara hidup tinggi tiba-tiba berkahwin dengan lelaki yang tidak sekufu seperti tukang kutip sampah,mana mungkin si lelaki ini mampu hidup denga kos sara hidup yang tinggi.

Kebiasaan muslimin zaman kini hanya melihat pada agama dan harta sahaja dalam menuju kearah bayt muslim.Tabiat yang Sekufu disisi pandangan mazhab maliki adalah agama dan darjat  sahaja. Disisi imam Hanafi sekufu dilihat pada nasab (keturunan),seorang yang merdeka(bukan hamba) ,beharta dan darjatnya.

Imam Syafie memilih sekufu itu dilihat pada agama , nasab , merdeka , kerjaya ,dan  selamat dari kecacatan atau penyakit .Kita lihat undang-undang di Malaysia sekarang jika ingin berkahwin hendaklah tiada penyakit HIV. Undang- undang ini diambil berdasarkan pendapat imam syafie diatas.

Imam Ahmad yakni pengasas mazhab Hhanabilah berpendapat sekufu itu pada darjat , agama , kerjaya , merdeka , dan mampu membayar nafqah perkahwinan.

Nabi s.a.w bersabda: “Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim).
Maksudnya  " Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"

Yakinlah bahawa wanita solehah hanya untuk yang soleh,dan lelaki yang soleh hanya milik wanita yang solehah,itu janji tuhan bukan perkara palsu dan main2.Kita tidak tahu bakal pasangan kita,jika kita mengimpikan seorang yang soleh atau solehah jadilah hamba yang bertakwa bukan wara' semata-mata.Tidak hairan jika kita mendapat pasangan yang buruk padahal kita melihatnya seorang soleh,hakikatnya dia buruk pada dalamnya buat dosa secara sembunyi semua itu hanya Allah yang mengetahui segalanya.Ayuh jadi hamba yang baik dan  soleh apa salahnya.Kita yang memilih perbuatan samada  ke neraka atau syurga,Tetapi jangan menyangka masuk syurga itu dengan amalan tetapi ia disertai redha Allah.kita adalah diri kita yang menanggung segalanya atas perbuatan yang dilakukan.Alangkah bahagia jika kita dapat membina bayt muslim dengan seorang yang sangat baik dan soleh yang mendekatkan kita kepada Allah Azza wajala.Semoga dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah.

Bayt muslim bukan sahaja mengisahkan tentang perkahwinan tetapi banyak lagi.Hadafnya untuk membentuk individu muslim yang selaras melaksanakan tuntutan syariat islam.Membangun individu didalam mana-mana kelompok dan keluarga,menjaga tamadun islam didalam mana-mana kerajaan.Dengan bayt muslim yang baik akan munculnya pelbagai kebaikan didalam mana-mana kelompok masyarakat dan negara.

Catatan Popular