Solat Sunat Awwabin dan sunat Tahajjud

Sunat Awwabin tidak boleh diamalkan kerana matan hadisnya terlampau dhoif(lemah)


حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ يَعْنِي مُحَمَّدَ بْنَ الْعَلَاءِ الْهَمْدَانِيَّ، حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ، حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ أَبِي خَثْعَمٍ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ K: " مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً ".

{Iman Bukhari mengatakan ini adalah hadis dhoif jiddan (sangat lemah-x boleg dipercayai) kerana عُمَرُ بْنُ أَبِي خَثْعَمٍ adalah seorang mungkar hadis (pereka hadis)}

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.
(Imam hadis x mengkhusukan solat ini dgn solat awwabin tetapi umum untuk mana2 solat sunat, mereka meletakkan hadis ni dlm bab targhib watarhib) 

(Ada diantara muslim yg tinggalkan solat fardhu kerana bagi mereka cukuplah solat awwabin 1 kali dalam sebulan kerana kurang faham bab pahala, waiyazubillah!)

Hadis ini Dhoif tidak boleh diamalkan.Jangan amalkan solat sunat yang dikhusukan dgn awwabin ini sebelum kamu sendiri buat kajian tentang amalan ini.Setiap amalan yang direka2 maka ia bukan dari perintah Allah dan Rosul s.a.w.Amalan yang direka ini  diancam bagi mereka yg mengamalkannya dan boleh membawanya ke neraka.Sebagai orang yang bijak hendaklah dia buat kajian sendiri dan tanya pakar-pakar hadis.Saya sendiri tidak berani amalkan solat ini kerana ada masalah pada buktinya iaitu dalil hadis diatas.Sesiapa yg nak amalkan solat sunat ini saya tidak halang,tetapi sebelum buat amalan hendaklah anda buat kajian dahulu.Jangan jadi macam nasrani beramal tanpa ilmu.Buat amalan tanpa mengetahui asal usul solat diatas.

Pastikan dalil dari hadis mesti sohih atau hasan jika ingin beramal dengan mana-mana amalan.Jika hadis dhoif tidak sesuai diamalkan.Hadis dhoif hanya diterima jika berbentuk nasihat.Jika berkaitan dengan Ibadat dan Aqidah,maka hadis dhoif tidak diterima.Jika nak amalkan juga solatlah solat sunat y sudah maklum kebenarannya dan buatlah 6 rakaat(2"2"2) mudah-mudahan itulah y dimaksudkan dlm hadis diatas. Jgn sesekali khususkan niat solat awwabin kerana tiada bukti yg jelas dr nabi s. a. w, sahabat dan para ulama' (mujtahid mutlak) .



kaifiyat atau method solat ini seperti

  • dilakukan antara waktu Maghrib dan Isyak
  • Bilangan rakaatnya ialah 6 rakaat tiga salam
  • Hendaklah berniat :~
                                     "أصلي سنة الاوابين مع حفظ الايمان ركعتين لله تعالى"
              sengaja aku solat awwabin disertai dengan menjaga iman 2 rakaat kerana Allah taala.
  • Kemudian tahrim(takbir disertai dengan niat diatas) 
  • baca al-Fatihah kitab
  • Baca surah al-ikhlas x6 kali, surot Al-Falak x1,dan baca surOh An-Nas x1
  • Kemudian habiskan solat macam solat Fardhu juga
  • Selepas salam daripada solat tersebut hendaklah bangun semula teruskan melaksanakan 2 rakaat lagi
Dan niat seperti ni pula:
                                                   "أصلى سنة الأوابين ركعتين لله تعالى" 
                                      sengaja aku solat awWabin 2 rakaat kerana Allah taala.
  • Selepas Al-fatihah baca surah lazim mana2 surah yang diingini pada kedua-dua rakaat tersebut.
  • Selepas salam daripada solat diatas bangun solat 2 rakaat terakhir dengan lafaz 
                                            "أصلى سنة الأوابين مع الآستخارة ركعتين لله تعالى" 
                         Sengaja aku solat Aw-Wabin disertai istikhorah 2 rakaat kerana Allah taala
  • Bacaannya pada rakaat pertama selepas Al-Fatihah ialah surah Al-Kafirun
  • Dan pada rakaat kedua ialah suroh al_ikhlas.
  • Kemudian bacalah doa-doa yang tertentu agar ditetapkan iman dan agar khusuk dalam setiap ibadah yang dilakukan.
(amalan ni jelas salah sebab campur dgn solat istikhorah pula, campur 2 ibadah dlm satu niat, x pernah nabi ajar sebegini) (mereka siap khususkan surah apa y perlu dibaca. Innalillah!) 

Jika anda melihat mana2 muslim melakukan solat diatas maka tegur dan nasihatinya akan hakikat solat ini.Adapun jika mereka berdegil untuk amalkannya maka biarkan mereka.Diakhirat nanti Allah akan mengadili hujah mereka.

عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد ) رواه البخاري ومسلم ، وفي رواية لمسلم ( من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد ) .

 "Sesiapa mencipta perkara baru dalam perintah(Allah) ini yang bukan dari suruhannya maka ia tertolak " (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan dari suruhan kami(islam)  maka ia tertolak." (riwayat muslim)

Jauhilah Amalan yg bersumberkan hadis dhoif  kerana kebanyakan darinya bukan amalan yang diterima oleh ulama @ kebanyakan muslim.Bahkan Solat Awwabin ini jarang didengar oleh masyarakat awam.Beramallah dengan hadis sohih kerana ia benar dan dipercayai.


cc: maliki

Ingat! Berpeganglah dengan perkara yang sabit lagi sohih dalam mana2 ibadah seperti solat tahajjud dibawah:-

    Sunat Tahajjud

    Amalan ini dilakukan selepas bangun daripada tidur..amalan ini dikenali dikalangan orang melayu dengan nama "qiamullail" ia dilakukan pada 1/3 malam lebih kurang pukul 2 pagi atau blh dicam waktunya ketika keadaan teramat sunyi manusia sedang lena dengan mimpi2nya.Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

    Qiamullail=ada pendapat lain yang dimaksudkan dengannya adalah menghidupkan malam seperti solat terawih dibulan ramadhan, baca quran dan sebagainya yg dilakukan selepas solat isyak dan tidak perlu tidur. 

    Tahajjud pula amalan yg dilakukan selepas tidur dan bangun 1/3 daripada malam.Itu perbezaan disisi ahli bahasa. Rasanya x penting utk kita. Yg penting amalan. 



     “Dan pada sebahagian malam hari  Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
    (Surah Isra’; ayat 79)


    يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ    {Wahai orang yang berselimut}
     قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا {bangunlah solat pada malam hari walaupun sedikit}
    نِّصْفَهُ أَوِ انقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا {seperdua atau kurangkan lagi daripada seperdua itu }
    أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا {atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah Alquran tu dengan perlahan-lahan} 


    {surah al-muzzammil}




    • niat Untuk solat sunat ialah:~
                                                 "أصلّى سنّة التحهجّد ركعتين لله تعالى"
                             Sengaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah taala
    • kemudian takbir ,dan baca Al-fatihah dan bacalah mana2 surah pilihan
    • Ketika dalam faala rukun sujud terakhir bacalah doa ini:    
                        " وقل رب أدخلنى مدخل صدق وأخرجنى مخرج صدق واجعل لّى من لّدنك سلطانا نّصيرا"

    maksudnya:"oh tuhanku masukkanlah kepadaku pintu kebenaran dan keluarkanlah aku juga daripada pintu    kebenaran serta kurniakanlah untukku daripadamu seorang penolong"




    Ertinya : " Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum .


    Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan". Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah"


    Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

    Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

    KELEBIHAN

      1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
      2. Doa dimakbulkan Allah.
      3. Memperolehi ketenangan jiwa.
      4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
      5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
      6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
      7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
      8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
      9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
      10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
      11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
      12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
      13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
      14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
      15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
      16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
      17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
      18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

    #mungkin akan ada suatu zaman nanti solat rawatib pun dilakukan berjamaah(bukan cara nabi).Jika begitu hilanglah keaslian islam, manusia beribadah menggunakan akal logiknya sahaja tetapi tinggalkan sunnah rosul. Kononnya nak lebih pahala, padahal mereka x tahu yg islam telah sempurna dgn kewafatan nabi. Mereka x fikir yg zaman nabi adalah sebaik2 zaman dan sebaik2 ikutan. 




    Catatan Popular