Perintah mencegah kemungkaran dan saling nasihat-menasihati


Pembahasan berikut adalah risalah ringkas dari Abul ‘Abbas Ibnu Taimiyah rahimahullah mengenai amar ma’ruf nahi munkar. Berikut penjelasan beliau rahimahullah:

Allah Ta’ala berfirman,

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.” (QS. Ali Imron: 110)

Sebagian ulama salaf mengatakan, “Mereka dapat menjadi umat yang terbaik jika mereka memenuhi syarat (yang disebutkan dalam ayat di atas). Sesiapa yang tidak memenuhi  perintah di atas, maka dia bukanlah umat yang terbaik.”

Jemaah salaf mengatakan, telah bersepak bahawa amar ma’ruf nahi munkar itu wajib bagi setiap insan. Namun tahap kewajipannya adalah fardhu kifayah, hal ini seumpama jihad dan mempelajari ilmu tertentu serta yang lainnya. Yang dimaksud fardhu kifayah adalah jika sebahagian telah memenuhi kewajipan ini, maka yang lain-lain itu gugurlah kewajipannya yakni walaupun pahalanya akan diraih oleh orang yang mengerjakannya, begitu pula oleh orang yang mampu melaksanakannya namun ketika itu tidak mampu untuk melakukan amar ma’ruf nahi mungkar yang diwajibkan,maka wajib bagi yang lain untuk membantunya hingga apa yang Allah dan Rasulnya perintahkan tercapai. Allah Ta’ala berfirman,

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan melampaui batas.” (QS. Al Maidah: 2)

Setiap rosul dan kitab yang telah diwahyukan oleh Allah,semuanya mengajarkan amar ma’ruf nahi mungkar agar tercapai makna kalimah BaSmaLah.

Yang dimaksud ma’ruf adalah segala istilah yang merangkumi segala hal yang dicintai dan diredhoi oleh Allah.

Yang dimaksud munkar adalah segala istilah yang merangkumi segala hal yang dibenci dan dimurkai oleh Allah.

Meninggalkan amar ma’ruf nahi munkar adalah faktor berlakunya musibah di dunia sebelum tibanya hukuman di akhirat. Janganlah kita menyangka bahawa hukuman meninggalkan perintah amar ma’ruf nahi munkar menimpa orang yang zolim dan pelaku maksiat sahaja,namun menimpa manusia secara keseluruhan.Contohnya yang berlaku di negara jiran kit(Aceh) dan negara-negara yang lain.

Orang yang melakukan amar ma’ruf hendaklah orang yang faqih (paham) terhadap apa yang diperintahkan dan apa yang dilarang. Begitu pula hendaklah dia berhikmah (sopan-santun) dalam melaksanakan apa yang diperintahkan dan apa yang dilarang. Hendaklah orang tersebut orang yang ‘alim terhadap apa yang dia perintah dan larangkan terhadap orang yang dibawahnya. Ketika dia melakukan amar ma’ruf nahi munkar, hendaklah dia bersikap lemah lembut dan berhikmah terhadap apa yang ia perintahkan dan ia larang. Lalu ia harus berhikmah dan bersabar setelah ia beramar ma’ruf nahi munkar. Sebagaimana Allah berfirman dalam kisah Luqman,

وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

“Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (QS. Luqman: 17)

Ketahuilah bahwa orang yang memerintahkan pada yang ma’ruf dan melarang dari yang mungkar termasuk mujahid di jalan Allah. Jika dirinya disakiti atau hartanya dizolimi, hendaklah ia bersabar dan mengharap pahala di sisi Allah. Sebagaimana hal inilah yang harus dilakukan seorang mujahid pada jiwa dan hartanya. Hendaklah ia melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar dalam konsep ibadah dan taat kepada Allah serta mengharap keselamatan dari siksa Allah, juga berniat menolong saudaranya dari siksa2 yang dijanjikan oleh Allah Taala. Janganlah ia melakukan amar ma’ruf nahi munkar untuk tujuan mencari kedudukan mulia atau kekuasaan atau kerana bermusuhan.Janganlah ia melaksanakan perintah amar ma'ruf nahi mungkar dengan niat-niat buruk  seumpaama itu.Jika terlampau benci pada pelaku maksiat,bencilah pada pelakuannya bukan pada dirinya,tetapi itu pencegehan selemah-lemah iman.

Ada masanya kita menyuruh kearah kebaikan membawa kesan yang buruk pada dakwah yang kita laksanakan kerana tidak berhikmah dalam melaksanakan perintah Azza wajalla itu. Sebaliknya jika menghilangkan kemungkaran malah dengan cara yang mungkar pula (bukan dengan cara yang baik), maka itu sama saja seperti seseorang ingin mensucikan khomr(najis) dengan air kencing (najis pula),jadi lagilah najis(buruk). Sesiapa yang melarang kemungkaran namun malah dengan yang mungkar, maka itu hanya membawa banyak kerosakan daripada mendapatkan keuntungan. Kekadang kerugian itu sedikit atau banyak.

Wallahu a’lam.

Catatan Popular