Apa itu pertunangan
atau khitbah?adakah ia suatu ucapan yang disampaikan oleh imam diatas
mimbar atau ketika majlis akad nikah?
Tahukah bahawasanya
khitbah ialah suatu janji atau tuntutan seseorang muslim untuk berkahwin.Itulah
makna disisi ulama feqh.Contohnya khitbah fulan dengan anak fulan,atau menuntut
seorang wanita untuk dijadikan pasangan hidup sebelum berkahwin dalam
tempoh yang terdekat.
Adapun apa yang
disampaikan oleh imam diatas mimbar atau sebagaimya ia dikenali sebagai khutbah
bukannya khitbah.
Ahli ilmu mengatakan
bahawa khitbah disyariatkan kepada muslim yang ingin berkahwin
sesuai dengan firman Allah Taala () [albaqarah :235]
Tiada qaul atau
pendapat ulama’ yang mengatakan ia wajib,kerana hukum pertunanangan
adalah harus sependapat dengan qaul imam Ghazali rahimahu Allah alaih
Pendapat ini diambil
berdasarkan masdar kedua yakni hadis :
Sesungguhnya Nabi s.a.w
khitbah Aisyah melalui Abu bakar As-sidiq,maka berkata Abu bakar
kepada beliau :Aku adalah saudara kamu,jawab nabi s.a.w :Kamu adalah saudaraku
didalam Agama Allah(islam) dan kitabnya(al-quran),adapun dia (Aisyah) adalah
halal bagiku(bukan mahram dalam persaudaraan).
{Riwayat Bukhari
secara hadis mursal}
Juga didalam hadis sohih
nabi s.a.w khitbah dengan Hafsah.
[rujuk kitab soheh
Bukhari : 155/9,syarah hadis bernombor 5122.]
Habibi Mustafa nabi
s.a.w menggalakkan kepada sesiapa yang ingin bertunang lihatlah kepada bakal
tunangnya(makhtubah),Dalam hadis katanya :
Apabila ingin khitbah
antara kamu pada mana-mana wanita solehah,sekiranya kamu mampu untuk melihat
kepada apa yang menarik kamu kepada perkahwinan,maka lakukanlah.
Apabila seseorang
muslim telah bertunang maka saudara muslim yang lain tidak boleh khitbah
tunangan orang kerana nabi s.a.w melarang perbuatan itu.
Larangan bertunang:
- Bertunang dengan wanita
yang dalam tempoh Iddah
- Bertunang dengan orang
yang murtad dari agama islam
- Bertunang dengan wanita
yang ditalak 1 atau 2 kerana suaminya masih ada hak untuk rujuk
wanita tersebut tanpa mahar dan akad nikah yang baru.
- Haram bertunang dengan
tunangan orang tetapi jika dia berkahwin akadnya sah tetapi ia perbuatan
yang dilarang(makruh)
- Berselisih pendapat dikalangan
ahli ilmu dalam mengharuskan khitbah bagi wanita yang ditalak 3(bainunah
kubro).Mazhab Maliki dan Hanabilah membenarkan bagi bab ini.
- Bersepakat ahli ilmu dalam
mengharuskan menanda khitbah dari wanita yang iddah kematian suami bukan
iddah talak roj’ie sesuai dengan firman Allah taala pada surah Al-Baqorah
ayat : 234 – 235 :-
Daripada Abu Hurairah bahawasanya Nabi s.a.w
berkata : ( لا يخطب الرجل على خطبة أخيه ) tambah
lagi iman Bukhari (حتى ينكح أو يترك ) [rujuk Sohih
Bukhari :199/9 no 5134]
Terjemahan : Jangan seorang lelaki khitbah pada khitbah
saudaranya sehingga dia berkahwin atau diputuskan khitbah.
Dalam riwayat lain nabi
S.A.W berkata : { Jangan khitbah tunangan saudaranya
sehinggalah dia mengizinkan(dia putuskan pertunangan) }
Hikmah larangan ini bagi mengelakkan perasaan
bermusuhan dan berdendam.
Jamhur ulama’ (4
mazhab mashur) bersepakat dalam pengharaman khitbah tunangan
orang.
Syariat agama islam
tidak meletakkan prosedur bagi khitbah untuk diikuti seperti mahar,akad
atau sebagainya.Juga tidak pada iklan atau penyebaran akan status
pertunangannya.Tiada sunnah yang tertentu untuk pertunangan.Apa-apa yang
diadakan sesetengan kaum muslimin dalam mengiklankan pertunangan dan majlis
pertunangan serta pertukaran hadiah adalah bab Adat bukannya syariat agama.
Apabila berakhir atau
putusnya pertunangan disebabkan kematian atau tiada kudrat untuk mempertahankan
pertunangan seperti wujudnya darurat,peperangan,Negara berlainan yang
jauh,halangan ibubapa atau sebagainya maka tidak perlu memulangkan hadiah yang
diberi ketika pertunangan yang lepas.
Disisi mazhab
Syafieyyah dan Hanabillah berpendapat bahawa diwajibkan memulangkan hadiah samada
keputusan pembatalan pertunangan disebelah pihak lelaki atau wanita.Adapun
hibbah adalah sebaliknya.(Hibbah dan Hadiah adalah berbeza)
[rujuk kitab
mughni,299/295.syarah kabir,277/6]
Mazhab Maliki
mutaakkhirin mengharuskan agar memulangkan hadiah pertunangan.Apabila pihak
wanita yang membatalkan pertunangan maka pihak lelaki harus meminta balik
hadiah pertunangan.Jika pihak lelaki yang memutuskan khitbah maka pihak
perempuan pula yang harus meminta hadiah pertunangannya.Adapun Mazhab maliki
yang lama(quddami) melarang secara mutlak untuk meminta balik hadiah
pertunangan atau hadiah yang lain-lain melainkan hadiah itu daripada
ayahnya.{kitab syarah kabir:219/2,syarah soghir 348/2}.
Iman Hanafi pula
mengharuskan minta pulangkan hadiah pertunangan dengan syarat tiada halangan
seperti:
1. Hendaklah tiada
perbuatan saling bertukar hadiah bagi kedua-dua belah pihak.
2. Hadiah yang diberi
tidak berterusan bertambah seperti pokok dan ternakan yang semakin membesar dan
membiak.
3. Pemilkian hadiah tidak
bertukar kepada orang lain.
4. Penerima hadiah tiada
hubungan dengan mahram yang ada hubungan dengan pemberi.
5. Pemberi dan penerima
tidak mati.
6. Hadiah tersebut tidak
hancur
[rujuk kitab :Ikhtiar
lilta’lil mukhtar 51/3.Zawaj fi syariat Islamiyah,m/s 29]
Cerita tentang pampasan pertunangan memerlukan bahas yang panjang
kerana berlaku khilaf yang banyak dikalangan para ulama’.Apa yang dipilih dan
ditarjih ialah berpendapat bahawa “tiada pampasan pertunangan pada
semua keadaan hanya keadaan khusus sahaja”.Contoh masalah khusus meminta
pampasan seperti bekas tunang membelanjakan atau menyediakan
rumah,kereta dan sebagainya yang bakal didiami menyebabkan dia miskin
atau darurat atau lain-lain.
Apabila putus tunang
maka antara kedua-dua pihak berhak meminta kembali pemberian ketika waktu
bertunang dahulu umpamanya cincin,rumah ,kereta atau lain-lain.Dengan syarat
pemberian itu tabiatnya tidak hancur seperti emas,perak atau lain-lain bukannya
seperti makanan,minuman dan manisan (tabiat mudah hancur).