:. KAU SATU PeRsiNgGaHAN .:
-cahayaraja(maliki) -
Seram sejuk menguasai hati
Menanti salju hadir kembali
Sungguh susah untuk mengenali
Hadirnya ia tidakku pasti
Turun ke bumi manakah nanti
Terpegun sanubari terdiam menanti
Ditepi tingkap masihku memerhati
Angin bertiup menari-nari
Dihiasi bunyi sukar dihindari
Seluruh badan sanggup disakiti
Diseliputi udara dingin yang sepi
Relakan diri agar mengerti
Betulkah ia hadir dialam realiti
Wah! turunnya penuh kelembutan
Turun bersama seri-seri keindahan
Turunnya membawa pelbagai kecerian
Turunnya dihiasi gaya ketenangan
Turunya kerana kasih ar-Rahman
Ah! Apa terjadi wahai tanganku
Apa terjadi wahai kakiku
Apa terjadi wahai telingaku
Apa terjadi wahai hatiku
Merah kaku pedih terseksanya
Ku sedari bahagia itu hanya sementara
Kau datang dan hilang begitu sahaja
Kemana arah tujumu sebenarnya
(ajal tiada y tahu)
Wahai hati,..
Lupakan kesakitan itu
Hilangkan kesan luka itu
Pasti nanti kau akan bersatu
Kekal bersama salju yang Satu
Terciptanya di tempat tertentu
( habiskan masa melancong semata2 ingin membuang segalanya, biarlah Allah y tentukan dimasa y tlh ditakdirkan /malas nak fikir benda2 mcm ni dimasa akan dtg,moga berjumpa dia disyurga nanti dan dpt bersama walau sekejap )
( habiskan masa melancong semata2 ingin membuang segalanya, biarlah Allah y tentukan dimasa y tlh ditakdirkan /malas nak fikir benda2 mcm ni dimasa akan dtg,moga berjumpa dia disyurga nanti dan dpt bersama walau sekejap )
salji 12.12.2013
atas sutuh rumah
SALJI 2010 dan 2013
Hari ini masih terkesan 18/12/2013
Gelapnya jiwa ini
dan ku telah akhirinya
Ku biarkan ia
jatuh dan aku umpama :
Saat rose
yang gugur setelah hilang mekarnya
Mengharapkan sang
penyelamat itu wujud
Agar rose itu
digenggam dan dipeluk.
Tanganku masih kuat
Tetapi kakiku ketar
Untuk berdiri
disisimu
Ku pohon hindarilah diriku
(kenangan meng"hantu"i)
Aku seumpama
menyalakan api di dalam hujan
Melihat rintisannya
seperti
melihat hatiku di dalam
kehilangan
membiarkan api kecil pudar menghilang didalam tangisan
Saat ia mula menghilang,
hatiku menangis
hatiku menangis
Memanggil-manggil
namamu,terseksanya
Terkenang semasa kita bersama dulu,
Aku masih di sini,menutup mataku
Merasakan kamu ada di sini,selamanya
Aku dan kau bersama
Tiada apa melainkan kebahagia
Tawa dan senyuman antara kita
Namun,harus lupakan
Kerana kita telah
berpisah
Biarkan ia terpadam di
dalam rintisan hujan.
(moga bertemu diSyurga)
4/6/2018
"Penjara dirikau yang sebenar"
Berpagi-pagi menuju destinasi
Untuk mencari sesuap nasi
Berhari-hari menahan kepedihan(jarakcuaca)
Demi masa depan akanku bertahan
At-Taqwa itulah institusi
Ilmu dicari dan dicurahi
Haluan tidak serasi (disiplin)
Bagai getah dan besi (pegangan agama)
Ilmu dimiliki amalan tidak disisi
Dunia digenggami maruah dikorupsi
(diri sendiri)
(diri sendiri)
Aku seupama dipenjara,
merotan memarahi etc haruslah menjadi kebiasaan
Dicaci dihina tidak terperi
Aku sedar itu bukan sifatku
Redha dengan takdir ilahi
Majikan sangat kusayangi
Pembantunya sangatku hormati(teachers)
Ahli kurang memahami (badstudents)
sindiran menjadi tradisi
Bagai munafiq yang kelihatan suci
Aku hanya mampu menutup telinga
Biarkan mereka berkata sesama mereka
Sayang pada mereka
Hanya benci perbuatan mereka
Ya Allah pentas apakah ini
Gantilah dan hiasilah diri ini
Aku ingin menjadi orang soleh(jujur,amanah,bertaqwa...)
Beramal dengan penuh keikhlasan
Kadang-kadang penjara ini berseri
Melihat anak2 yang soleh dan solehah
Hati yang mati bagai hidup kembali.
Disetiap pandanganku ini
Mereka mencorakkan hati kosong ini
Bagai bulan menerangi malam
Dan mereka bintang di kegelapan malam
Hati ini ingin sekali mengenali
Apa yang dibuat sehari-hari
Senyum itu sangat harmoni
Membawa kehangatan dihati
Sayunya hati menahan diri
Sedar sekali hakikat diri
Matlamatku ingin dilestari
Mampukah aku kecapi dan miliki
Dalam pekerjaan sebegini
Kini aku sangat sedar
Aku bukanlah diriku lagi
#keadaan di sebuah sekolah,aku guru y selalu mendengar laporan salah laku..kadang2 aku menjadi pengkritik kpd semua org dek laporan y diterima.Bencinya tugasan ini menjadikan aku syuun zhon dan x mampu menjaga hati n keikhlasan dgn baik dlm beramal.
#keadaan di sebuah sekolah,aku guru y selalu mendengar laporan salah laku..kadang2 aku menjadi pengkritik kpd semua org dek laporan y diterima.Bencinya tugasan ini menjadikan aku syuun zhon dan x mampu menjaga hati n keikhlasan dgn baik dlm beramal.
Hari ini 2020 - @#$&$###17 ibu
Dengan senyuman, kau luluhkan hatiku…
dengan senyuman,
kau perlihatkan dunia padaku…
hanya dengan sebuah senyuman,
kau berikan aku kesedaran…
begitu indah cerita hidupku oleh senyummu...
dengan senyuman,
kau perlihatkan dunia padaku…
hanya dengan sebuah senyuman,
kau berikan aku kesedaran…
begitu indah cerita hidupku oleh senyummu...
Jangan prnah merasa sepi kerana hatiku,
kan selalu menemanimu
kan selalu menemanimu
pejamkanlah matamu dan bermimpilah dalam tidurmu.
bangunlah esok pagi dengan senyuman yg indah seindah mentari pagi yang bersinar!
#sekadarCoretanKosong#
#TidakBolehTidur