SOLAT ORANG YANG BERMUSAFIR DIBELAKANG IMAN YANG BERMUKIM:


Musafir : keluarnya seorang insan dari negara atau negerinya bertujuan untuk ke sesuatu tempat tertentu bagi menunaikan hajatnya yang tenggelam dalam waktu yang panjang.

Jarak musafir dari mukim :

  •  48 batu bersamaan 85 kilometer ; pendapat disisi sahabat ibnu Abbas , imam Malik ,imam Syafie dab Imam Hanbali [1]
  • Mazhab Hanafi : jarak musafir perjalan selama 3 hari bersama malamnya dengan menaiki unta.


Kosar : Meringkaskan solat fardu 4 rakaat kepada 2 rakaat didalam perjalanan samada keadaanya aman atau darurat.Tiada qosar bagi solat Maghrib dan subuh.

 Keadaan pertama:

Sekiranya si musafir itu sempat bermakmun dengan iman mukim sebanyak 3 rakaat atau empat rakaat maka hendaklah dia sempurnakan solatnya 4 rakaat itu.Ini pendapat Jamhur ulama (4 mazhab),
Manakala berselisihnya Ibnu Hazam dengan pendapatnya dibolehkan qosar.

Bukti Disisi Jamhur sabda Nabi S.A.W :

(انما جعل الامام ليؤتم به فلا تختلفو ا عليه... )

“Sesungguhnya dijadikan imam untuk diikutinya maka jangan berselisih dengannya…”
Contoh : imam sujud tetapi makmum masih dalam keadaan rukuk @ imam rukuk tetapi makmum mendahului rukuk imam.(itulah perselisihannya)


Bukti kedua berdasarkan hadis Musa bin  Salamah Alhazli berkata :

“ Aku bertanya Ibnu Abbas bagaimana aku ingin sembahyang jika aku berada di mekkah bila aku solat tanpa imam ? ,mala berkata ibnu Abbas : Solat 2 rakaat(qosar) ,kerana  itu sunnah Abi Qosim (gelaran Nabi  s.a.w)” [2]

Bukti ketiga dari Jamhur Ulamak dari Hadis Ibnu Umar :

“Sesungguhnya dia bermukim di mekah selama 10 hari maka dalam tempoh itu dia qosar,melainkan apabila dia solat bersama jamaah maka dia solat seperti mereka ”
Apabila Solat bersama imam maka solat 4 rakaat,jika solat berseorangan maka diqosarkan yakni solat 2 rakaat.

Keadaan Kedua :

Sekiranya sempat solat bersama imam 1 rakaat atau 2 rakaat :-
  •  Disisi Jamhur ulama’ : Hendaklah sempurnakan 4 rakaat solatnya.
  • Disisi pendapat imam Sya’bi ,Ishak ,Towus dan Ibnu Hazam : Laksanakan solat tersebut 2 rakaat sahaja.(khilaf dengan Jamhur ulama)


Keadaan ketiga :

Sekiranya sempat solat bersama imam sebelum sempurna 1 rakaat :
Contohnya : Sempat bersama imam di tahhiyat Akhir.

  • Disisi imam Malik ,Zuhri ,Nakh’e ,dan Kotadah : Dibolehkan qosar yakni solat 2 rakaat
  • Disisi Jamhur : Hendaklah sempurnakan Solatnya yakni 4 rakaat.



Adapun Solat mukim dibelakang Musafir,apabila solat mukim 4 rakaat dibelakang musafir maka ijma’ ulamak keatas si mukim hendaklah menyempurnakan solat 4 rakaatnya selepas selesai si musafir solat qosar 2 rakaat itu.Dan diharuskan bagi imam selepas bagi salam berkata kepada mereka:

“Sempurnakan solat kamu sesungguhnya kami golongan  yang bermusafir”.

________________________________________________________
Suatu masa ana musafir dari mutah ke irbid kerana ada program di university JUST kemudian ke carrefour Amman untuk membeli belah.Ketika berada didalam musolla carrefour, ana melihat kawan ana (seorang pelajar master) solat qosar dengan imam mukim.Imam solat 4 rakaat tetapi dia solat 2 rakaat dan bagi salam/tahiyyat akhir seiring dengan imam.Padahal dia Musafir.Maka Timbullah pelbagai soalan dalam fikiran ana.Rupanya dia menggunakan pendapat yang berselisih dengan Jamhur Ulama’.Jadi saudara2 hormatilah pendapat seseorang walaupun dia khilaf denga jamhur.Dia mungkin sudah ada hujah sendiri bila ditanya di akhirat nanti,Jangan suun zhon dan ciptakan huru-hara seperti yang berlaku pada kalangan ustaz zaman kini.
Wallahua’lam.




[1] Kitab Sohih Feqh Sunnah oleh Abu Malik kamal bin syayyidussalam, m/s 479.
[2] Diriwayatkan oleh Imam Muslim hadis no (688),Dan Nasae (3/119),Ibnu Khuzaimah (951).

Catatan Popular