Tanah Arab Kembali kepada menghijau dan wujudnya sungai-sungai


Musibah kebakaran di rusia dan ketandusan tanah yang berlaku di lu liang(china),juga banjir di pakistan atau negara2 lain.Semua perubahan ini mungkin ada kaitan dengan tanda2 dinegara arab akan menjadi bumi yang hijau dan lahirnya sungai.

Salji di tanah arab tabuk juga boleh membentuk sungai.Apakah alamat ini..




وحَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيُّ، عَنْ سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ K قَالَ: " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ الْمَالُ وَيَفِيضَ، حَتَّى يَخْرُجَ الرَّجُلُ بِزَكَاةِ مَالِهِ، فَلَا يَجِدُ أَحَدًا يَقْبَلُهَا مِنْهُ، وَحَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا "

 Dan Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Abdurrahman Al Qari dari Suhail dari bapaknya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak akan terjadi hari kiamat, sebelum harta kekayaan telah tertumpuk dan melimpah ruah, hingga seorang laki-laki pergi ke mana-mana sambil membawa harta zakatnya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang pun yang bersedia menerima zakatnya itu. Dan sehingga tanah Arab menjadi subur Makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai."

Hadis dari kitab sohih muslim yang bernombor 1687.

قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ

1.Ibnu hajar melabelkannya sebagai seorang yang siqoh dan sabit
2.Ibu hatim ar-rozi mengiktirafnya sebagai seorang yang siqoh juga
3.Az-zahabi menyatakan belia seorang imam hadis

*Semua perowi diatas telah disepakati oleh ulama hadis bahawa mereka  siqoh(dipercayai).Jadi tiada masalah pada perowi.



Matan hadis selain sohih muslim  " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا

1)Sohih ibnu hibban no 6855
2)Musnad Ahmad bin hanbali hadis no 8633
3)Mustadrok Al-hakim hadis no8563

Darjat Hadis diatas diyakini disisi ahli hadis sebagai 50% hadis sohih dan %50 lagi sebagai Hasan.
Kesimpulannya hadis diatas boleh dijadikan hujjah,dipercayai,diamalkan dan dipegang.
Saya juga meyakini hadis ini 70% peratus sebagai hadis dan ucapan dari Nabi Muhammad s.a.w. kerana darjatnya bukan hadis dhoif.

Tafsiran dan pendapat tentang makna  hadis (" لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا")

Ramalan daripada nabi kita mengatakan bahawa tanah arab akan kembali menjadi tanah yang berumput,dan wujudnya sungai-sungai.

1.Ertinya pada zaman dahulu tanah arab berumput dan wujudnya sungai-sungai,juga taman-taman.

2.Sebelum akhirnya hayat bumi dan sebelum berlakunya qiamat,Tanah dibumi arab akan kembali seperti zaman dahulu yaitu tanah yang kehijauan dan wujud aliran air yang berterusan(sungai) di persekitaran rumah/tempat tinggal manusia.

Syeikh Abdul Majid Az-zandani seorang ulama Geologi mengatakan "Daripada fakta-fakta saintifik yang telah dikaji oleh ahli-ahli geologi bahawa padang pasir Semenanjung Arab pada hari ini  seumpama pada zaman dahulu mulanya kewujudan kebun dan taman-taman, dan bukti penggalian arkeologi menunjukkan bahawa tanah arab masakini telah wujud padang yang berumput dan sungai-sungai dan bukti yang lebih jelas apa yang berlaku di kampung , "الفاو  " , yang telah dijumpai di jazeerah arab"

Tamadun arab zaman dahulu pernah wujud di kampung al-fau ini.Semestinya zaman mereka dahulu terdapat bekalan air dan terdapat tumbuh-tumbuhan untuk menjamin makan minum mereka.Mungkin tamadun ini berakhir kerana ketiadaan sumber2 air atau kehilangan sumber tanah buktinya Kampung al-fau ini kering kontang tiada tumbuhan dan hasil tanah.Tetapi pada masa kini(2013) ahli Geologi mendapati kawasan ini mula diwarnai tumbuhan hijau seperti rumput dan pokok2.

Adapun kembalinya Jazirah arab kepada wujudnya sungai dan padang yang menghijau katanya lagi  "Ini memang realiti yang berlaku...Kami ahli geologi mendapati : apa yang berlaku tentang  iklim(cuaca) yang dilalui oleh bumi  termasuk zaman glasier(berlaku timbunan besar ais yang merebak perlahan-lahan dipermukaan bumi ) dan zaman kini akan berlakunya perubahan cuaca bumi dan telah terdapat perubahan cuaca  yang menjadikan negara-negara Arab menjadi sejuk dan wujudnya hujan seperti disemenanjung negara2 lain  dan sungainya seperti sungai-sungai di dunia. "

Sheikh al-Zindani meyakini hadis diatas beserta ramalan yg berlaku,berdasarkan kata-kata Rasulullah

"(tidak sampai ilmu (sains) ini, melainkan ia diilhamkan oleh yang maha besar (Allah"

"ويعلّق الشيخ الزنداني على هذه المعلومات بقوله: " فالرسول - صلى الله عليه وسلم - لم يصل إلى هذا العلم إلا بوحي علويّ" ( 1)



gambar kawasan tabuk dibukit lauz



Gambar kejadian yang tidak pernah berlaku di Jazeerah Tanah arab(saudi) yaitu penurunan salji.



[Imam Masjidil Haram, Syeikh Su’ud Syuraim, menyatakan bahawa hal tersebut telah membuktikan bahawa Muhammad saw benar-benar seorang nabi dan rasul yang menerima wahyu dari Allah swt, lapor 
Beliau mengatakan bahwa salji adalah komponen utama dalam pembentukan sungai dan tumbuhan. Berjatuhannya salji di Jazirah Arab membuktikan kebenaran Rasulullah saw. Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw. bersabda, “Hari Kiamat baru akan datang setelah negeri Arab kembali menjadi padang yang hijau dan sungai-sungai.”

Syeikh Syuraim juga menyebutkan bahwaa baru-baru ini salju telah turun di daerah Tabuk. Kita lansung teringat dengan perkataan Rasulullah saw. kepada Muadz ketika perang Tabuk, “Kalau umurmu panjang, maka engkau akan melihat tempat ini penuh dengan kebun-kebun.”

Fenomena Hujan Salji Melanda Arab Saudi - Petanda Jelas Akhir Zaman?

Sesuatu yang janggal terjadi pada Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan berita bahawa Tabuk—salah satu lokasi perang yang terjadi pada zaman Rasulullah—dilanda salji yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihantam ribut yang sangat dahsyat.
 ] (2)

Adapun mesir semenanjung yang berbeza kerana ia dibawah benua afrika
rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Mesir


Kesimpulannya berdasarkan bahan  kajian yang tidak seberapa ini saya hanya meyakini 60% sahaja kerana tiada bahan-bahan lain yang jelas menunjukkan ramalan ini akan betul-betul terjadi ,ramalan Rosul s.a.w  memang betul berdasarkan hadis diatas.Mungkin ramalan ini sedang/permulaan dalam proses wujudnya kejadian sungai-sungai dan taman-taman atau pokok yang menghijaui di tanah arab.Ini  menunjukkan tanda-tanda kecil akan berlakunya Qiamat.Bukan ramalan ini sahaja membuktikan ia,bahkan alamat qiamat yang lain telah wujud.Banyak perkara aneh telah wujud,semua malapetaka seakan-akan  menunjukkan kepada kita sesuatu yang besar akan berlaku.Mungkinkah  perkara aneh akan berlaku lagi di tanah arab
 selepas ini?Jadi apakah persedian kamu sebagai hamba Allah?Banyakkan amalan soleh yang telah kamu lakukan?

-Tibanya Qiamat yang besar maka taubat seorang hamba tidak lagi bernilai -
-Perjuangkan yang terbaik didalam hidup ini sehinggalah ke akhir hayatmu-
-Praktik atau beramallah dengan ilmumu sebelum sampai ajalmu-



"لا تقوم الساعة حتى يمطر الناس مطراً عاماً ولا تنبت الأرض شيئًا - رواه أحمد"

أخرج أحمد عن أبي هريرة قال قال رسول الله {صلى الله عليه وسلم} ( لا تقوم الساعة حتى تعود أرض العرب مروجا وأنهارا وحتى يسير الراكب بين العراق ومكة لا يخاف إلا ضلال الطريق )


حديث عن ارض العرب : (لا تقوم الساعة حتى تعود أرض العرب مروجًا وأنهارًا) على أن بلاد العرب كانت خضراء، وستعود كذلك، وهذا ما أكدته الدراسات الجيولوجية من أن الجزيرة مرت بثمان دورات مطيرة مطرًا شديدًا تخللتها سبع دورات جفاف، وأننا في دورة
الجفاف السابعة ويتوقع العلماء أن تتحول هذه الدورة إلى دورة أمطار مرة أخرى. وهناك شواهد علمية كثيرة تؤكد ذلك.



 Rainfall in Tabuk Area falls in the winter months from November to March and precipitation ranges between 50 – 150 mm with some not uncommon snow every 3–4 years.(3)


Apa pula bencana yang mungkin bakal berlaku  di Malaysia??
Apakah iklimnya juga akan berubah seperti yang berlaku di Jazeerah arab?
Mungkinkah Malaysia akan mempunyai empat musim juga selepas ini.Mungkin salji akan kerap kali turun di Malaysia nanti selepas apa yang berlaku di Indonesia dan vietnam baru-baru ini.

"Pemanasan global dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.

Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.

Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.

Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.

Kini, perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia "(4)

Adakah ini menandakan Kedudukan matahari juga berubah iaitu tanda2 kiamat matahari terbit dari barat ke timur.Adakah matahari juga dalam proses kearah itu?

Sekarang terdapat banyak tanda-tanda bahawa negara yang dikenali dengan cuaca panas yang berpanjangan akan berubah kepada suhu uklim yang sejuk,dan negara sejuk akan berubah kepada suhu iklim yang panas.

______________________________


  1. الكتاب : التقنية الحديثة في خدمة السنة النبوية ـ دراسة تطبيقية على بعض أحاديث الإمام البخاري( المؤلف : عبدالله محمد دمفو)
  2. (2)dakwatuna.com
  3. (3) http://en.wikipedia.org/wiki/Tabuk,_Saudi_Arabia
  4. (3)rujuk blog http://taotauajer.blogspot.com/2013/12/gempar-kutub-bumi-sedang-berubah-dan.html

Sentuhan hati



Wahai jiwa yang diciptakan,Allah menjadikan segala anggota badan kita agar digunakan dengan sebaiknya samada untuk ibadah,pekerjaan dan lain-lain.

Sungguh tabah seorang budak perempuan yang kecil didalam video diatas,dia tidak kecewa diatas apa yang dialaminya(ulang x5 minit 0:45-:48 ).Tabahnya seorang jiwa yang tidak kenal putus asa,subhanallah.Disebalik kesukarannya yang dia alami,dia masih mampu memberi secebis senyuman.
Ingatlah panca-indera kita hanya dipinjamkan kepada kita sebagai manusia,dan kelak anggota tersebut akan pergi kepada penciptanya.Dialam qubur nanti anggota kita salah satu yang membuktikan amalan kita.

Sayangilah yang kecil dan hormatilah yang tua.Semoga kita mampu menhargai orang disekeliling kita(pesan untuk diri) walaupun orang tersebut buta dan tuli.Jangan putus asa andai segala perancangan kita gagal kerana disana ada nilai yang kita tidak mampu menilai.Kata Allah "tiada bagi manusia melainkan apa yang dia usahakan(wa'an laisa lil'insan illa ma sa'a)".Setiap amalan ada akibatnya dan pahalanya.Jauhlah sifat merungut tentang apa yang ada pada diri kita.jauhlah rungutan tentang asal kejadian kita.jauhlah merungut kerana ia akan menjadikan kita sebagai manusia yang tidak bersyukur.

continue.....

(video sekadar lakonan)


Catatan Popular