Sesungguhnya
manusia itu diciptakan daripada mani dijadikan darinya lelaki dan wanita untuk
saling berpasang-pasangan.Daripada tanda-tanda kekuasaan Allah Taala diciptakan
daripada kamu berpasang-pasangan untuk menemanimu dan dijadikan antara kamu
saling bermesra bercinta dan berkasih sayang.
Setiap
lelaki fitrahnya tertarik pada wanita firman Allah taala sesunggunya dihiasi
bagi setiap lelaki cinta dan bersyahwat pada wanita...
Allah
taala memerintahkan supaya berkahwin diantara kamu dengan wanita-wanita yang
baik 2 ,3 ,4 jika tidak mampu dan takut menzaliminya maka cukuplah 1
sahaja.Kata al-amin s.a.w : wahai golongan remaja,sesiapa yang mampu untuk
berkahwin,maka tunaikanlah akad perkahwinan.[sohih bukhari : 119/4 no 5066,
Muslim :1019/2 no 1400]
Perkahwinan
adalah aqad diantara lelaki dan perempuan yang dihalalkan oleh agama islam
untuk menjadi bayt muslim.halal padanya persetubuhan,mahar dan nafkah.
Dalil
wujudnya perintah berkahwin firman Allah taala dalam surah (Nur : 32) dan
(An-nisa’ : 3)
nikahlah yang masih membujang diantara kamu dan orang-orang
yang solehah dikalangan hambamu...
Atas surah an-nur,bawah surah An-nisa
Hukum
perkahwinan
Bersepakat
Jamhur ulama’ feqh keadaan hukum perkahwinan antaranya :
- Wajib berkahwin bagi seseorang yang menguasai diri juga mampu dari segala aspek dan takut dirinya terlibat dengan zina jika tidak berkahwin.
- Harus bagi mereka yang mampu menjalangkan tanggungjawab dalam berumah-tangga.Walaupun lelaki itu sudah tua dan tidak mampu memberi nafkah batin dengan syarat diredhoi oleh bakal isteri.Contohnya kes Pakcik tua yang lemah nafsu berkahwin dengan wanita dara,dia mampu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan mampu menanggung nafkah serta pengajian wanita tersebut dan lain- lain lagi
- Haram bagi mereka yang tidak mampu lahir dan batin sekiranya dia berkahwin akan menzolimi isteri ,agama dan dirinya atau tidak mampu bermuamalah dengan baik pada isterinya.Juga tidak berkeinginan untuk berkahwin.
- Sunnat bagi yang mampu dan bertujuan dengan perkahwinannya akan membawa bayt muslim semakin dekat(qurbah) dengan Allah serta menghalang dari bermaksiat kepada Allah Azza Wajalla.
Adapun
disisi mazhab zohiriyah hukum perkahwinan adalah fardu ain sesiapa yang
meninggalkannya dikira berdosa.Ada juga dikalangan ahli ilmu berpendapat ia
dihukum sebagai fardu kifayah seperti jihad atau solat jenazah.Sesiapa yang
meninggalkan fardu kifayah maka satu daerah/kampung dikira berdosa.Betapa
mengalu-alukan dikalangan para ulama supaya berkahwin.
Islam
telah menunjuk jalan(huda) sebelum berkahwin dahulukan khitbah agar dapat
mengenali pasangan masing-masing.Bukannya dengan jalan bercouple sebelum kahwin
ia jelas haram kerana ia mendekatkan zina,tetapi malangnya manusia jenis ini
suka mempermainkan perintah Allah.Semestinya mereka tidak dapat melepaskan diri
dari azab yang dijanjikan Azza wajalla.
Akad
Perkahwinan
Ketika
akad perkahwinan digalakkan menjemput sanak saudara terdekat,jiran dan
teman-teman agar menghadiri majlis akad.dibaca padanya khutbah perkahwinan didengari oleh pengantin dan mereka yang hadir ia
dikenali dikalangan arab sebagai khutbah hajat,ianya seperti khutbah pada hari
jumaat dan hari raya.
Dimulakan
dengan pujian pada Allah serta selawat atas junjungan nabi Muhammad
s.a.w.Dibaca nas ayat quran yang menggalakan perkahwinan kearah ketakwaan. ijab dan qobul dengan dihadiri
syaksi.Sesunggunhnya nabi s.a.w memerintahkan agar diiklankan
perkahwinan.Disyariatkan padanya walimah dan doa keberkatan bagi penutup majlis akad.Tidak
disyaratkan dalam agama islam akad diadakan di masjid.Juga tidak pada perbuatan
mendaftar perkahwinan,tetapi zaman
moden ini memerlukan pendaftaran perkahwinan bagi memudahkan urusan
penceraian/hal mahkamah,data atau urusan Negara.
Pada
zaman kini akad dibahagikan pada dua keadaan pertama akad diini(agama) yang diakad
dibawah lelaki yang beragama islam,sekiranya bukan lelaki yang kuat beragama
maka tidak diiktiraf dalam agama dan tiada kesannya.
Kedua
aqad madani( sivil ),ia tiada kaitan dengan agama.muslimah dibolehkan berkahwin
dengan orang kafir,boleh berkahwin dengan ibu atau adik beradik kandung.Aqad
ini bertentangan dalam semua agama tetapi yang hairanya ada juga aqad sebegini dalam beberapa Negara (syria,iran...etc)
Disisi
mazhab Syafie dan Hanabilah hanya menerima lafaz “nikah dan kahwin” didalam
majlis ijab dan kobul.Lafaz yang selain dari lafaz diatas adalah tidak diterima.
Wali
adalah disyaratkan dalam majlis ijab dan qobul sebagai wakil anak perempuannya
bagi penentu keputusan samada dipersetujui atau tidak akad perkahwinan
tersebut.Jika wanita itu tidak setuju yakni menolak ketika ijab dan qobul maka
akad perkahwinan itu tidak sah.(mazhab imam syafie).Begitu juga kalau disebelah
pihak lelaki ketika “qobul” langsung menolak “ijab” tersebut
maka terbatal akad.
Semasa
akad perkahwinan kehadiran saksi adalah disyaratkan jika tiada maka tidak sah
akad tersebut.Saksi adalah 2 orang lelaki agama yang adil bukan fasik jika
tiada 2 orang lelaki maka 1 orang lelaki disertai 2 wanita muslimin.Mereka
mestilah berakal,baligh,mampu mendengar ijab dan qobul dan memahami
maksudnya.(jamhur ulama’ yakni mazhab imam syafie,maliki,hanafi dan hanabilah)
"Jika
tiada 2 orang lelaki maka cukuplah seorang lelaki dan 2 wanita"
[Surah
al-baqarah 282]
"Bersaksilah
dengan adil diantara kamu " [surah talak : 2]
Hukum
berkahwin dengan budak kecil
Kebanyakan
ulama mengharuskan berkahwin dengan budak kecil yang diizin oleh walinya.Banyak
masalah yang timbul dalam bab ini.Bagi saya budak kecil seumpama orang gila
tidak harus melangsungkan akad nikah kerana mereka tidak memahami makna
disebalik perkahwinan kecuali ada sebab2 syarie dan untuk menjaga.
Tahap pertama baginya dikenali sebagai tidak
mumayyiz(tidak tahu beza buruk baik) sehinggalah bertambah akal menjadi
mumayyiz kemudian baligh dan dikenali sebagai seorang yang berakal dan
baligh.Baligh samada bermimpi basah, datang haid atau hamil.Waktunya paling awal 12 tahun
bagi lelaki dan 9 tahun bagi wanita,disisi jamhur ulama waktu baligh adalah
pada umur 15 tahun bagi wanita dan lelaki.Adapun disisi Imam Hanafi baligh yang sempurna bagi lelaki
18 tahun dan perempuan 17 tahun waktu baligh mereka.
Dalil yang diharuskan
berkahwin dengan budak kecil diambil berdasarkan perbuatan nabi s.a.w
yang berkahwin dengan saidatina Aisyah ketika aisyah masih kecil.Dan juga
perbuatan sahabat yakni umar r.a .Minoriti ulama' berpendapat tidak harus
berkahwin dengan budak kecil kerana tidak memenuhi maqasid syariat
agama.Lagipun dalil itu tidak sesuai,kita bukan nabi dan sahabat yang mempunyai
martabat keimanan yang tinggi kita hanya umat akhir zaman yang sentiasa
terdedah dengan kemaksiatan yang tidak dapat dielakkan,begitu juga kita tidak boleh ikut sunnah nabi nikah melebihi empat orang, ianya khusus utk Nabi sahaja. Itulah alasan mereka.
Pendapat y menyokong mengatakan tiada masalah kerana ini telah dicontohkan oleh nabi. S. A. W sendiri dan juga sahabat yaitu umar r. a jadi pasti ada hikmah yang manusia tidak tahu disebalik itu.Pening fikir kekhilafan di kalangan mereka.
Kerajaan Jordan tidak membenarkan perkahwinan dengan budak kecil walaupun JAMHUR ulama mengharuskan perkahwinan terdebut. Di Malaysia pun begitu.
Kerajaan Jordan membenarkan bagi lelaki untuk berkahwin ketika berumur 18 tahun dan pasangan mereka wanita paling kurang umur 17 tahun(kira budak perempuan SPM boleh kahwin lah di negara mereka). Tetapi klu lelaki umur 17 tahun terdesak sangat nak kahwin hakim akan mempertimbangkan utk luluskan takut keadaan bertambah buruk klu tidak berkahwin.Begitu juga wanita berumur 15 tahun(had baligh) (sumber:قنون الاحول الشخصية الأردني ms 68 Bab prosedur perkahwinan.
Undang-undang dia seakan sama dengan malaysia bab perkahwinan.
Perkahwinan dengan pasangan yang gila tidak dibenarkan kerana mereka kehilangan akal. Perkahwinan dengan orang dungun/bebal yaitu mereka yang bermasalah pada akal ada masanya ucapan dia seakan orang yg berakal adakalanya tidak logik dalam kesemua keadaan. Di kalangan ahli ilmu mereka tidak membezakan org gila dan orang dungun.
Kerajaan Jordan mengizinkan dua golongan ini berkahwin dengan syarat:
1.Diakui oleh doktor bahawa dengan perkahwinan orang gila ini akan membawa perubahan baik untuk dirinya.
2.Disahkan penyakit gilanya tidak diwarisi oleh keturunannya.(kajian dan data2 doktor yang mahir).
3.Dijamin dengan perkahwinanya tidak membawa kerosakan kepada masyarakat.
4.Tidak boleh pasangan sama sama gila.
Perkahwinan dengan orang bodoh/lemah akal/boros dibolehkan disisi ulama kerana mereka bukannya orang gila seperti DIATAS ia dikenali dalam masyarakat arab sebagai orang safih(السفيه).Safih adalah mereka yg boros tidak pandai menguruskan kewangan contohnya membeli pen dengan Rm 1 juta atau Cuba membeli kereta dengan Rm 1 ringgit. X logik.
Pendapat y menyokong mengatakan tiada masalah kerana ini telah dicontohkan oleh nabi. S. A. W sendiri dan juga sahabat yaitu umar r. a jadi pasti ada hikmah yang manusia tidak tahu disebalik itu.Pening fikir kekhilafan di kalangan mereka.
Kerajaan Jordan tidak membenarkan perkahwinan dengan budak kecil walaupun JAMHUR ulama mengharuskan perkahwinan terdebut. Di Malaysia pun begitu.
Kerajaan Jordan membenarkan bagi lelaki untuk berkahwin ketika berumur 18 tahun dan pasangan mereka wanita paling kurang umur 17 tahun(kira budak perempuan SPM boleh kahwin lah di negara mereka). Tetapi klu lelaki umur 17 tahun terdesak sangat nak kahwin hakim akan mempertimbangkan utk luluskan takut keadaan bertambah buruk klu tidak berkahwin.Begitu juga wanita berumur 15 tahun(had baligh) (sumber:قنون الاحول الشخصية الأردني ms 68 Bab prosedur perkahwinan.
Undang-undang dia seakan sama dengan malaysia bab perkahwinan.
Perkahwinan dengan pasangan yang gila tidak dibenarkan kerana mereka kehilangan akal. Perkahwinan dengan orang dungun/bebal yaitu mereka yang bermasalah pada akal ada masanya ucapan dia seakan orang yg berakal adakalanya tidak logik dalam kesemua keadaan. Di kalangan ahli ilmu mereka tidak membezakan org gila dan orang dungun.
Kerajaan Jordan mengizinkan dua golongan ini berkahwin dengan syarat:
1.Diakui oleh doktor bahawa dengan perkahwinan orang gila ini akan membawa perubahan baik untuk dirinya.
2.Disahkan penyakit gilanya tidak diwarisi oleh keturunannya.(kajian dan data2 doktor yang mahir).
3.Dijamin dengan perkahwinanya tidak membawa kerosakan kepada masyarakat.
4.Tidak boleh pasangan sama sama gila.
Perkahwinan dengan orang bodoh/lemah akal/boros dibolehkan disisi ulama kerana mereka bukannya orang gila seperti DIATAS ia dikenali dalam masyarakat arab sebagai orang safih(السفيه).Safih adalah mereka yg boros tidak pandai menguruskan kewangan contohnya membeli pen dengan Rm 1 juta atau Cuba membeli kereta dengan Rm 1 ringgit. X logik.
Hukum
paksaan wali supaya berkahwin
1-Jika
wanita itu janda maka bersepakat ahli ilmu secara ijma’ bahawa wali tidak boleh
menghalang anaknya yang janda yang berakal dan baligh dalam perkahwinannya.”Mereka
yang janda yang telah baligh tidak boleh dinikahkan melainkan dengan izinnya” [kitab majmu’ fatwa syeikh islam 29/32
dan kitab masdar sabiq ;39/32]
Dalam
hadis sohih bukhari bahawa Khunasa’ binti Khizam Ansori : (Bahawa ayahnya ingin
nikahkannya ,dia adalah seorang janda,padahal dia enggang berkahwin , Kemudian
datang Rasul s.a.w menolak perkahwinan yang dipaksa itu ). [ 194/9 hadis
no 5138]
2-Jika
wanita yang masih dara yang baligh dan berakal dipaksa oleh walinya supaya
berkahwin maka disisi kebanyakan ulama’ membenarkan wali untuk menikhahkan
anaknya tanpa meminta izin darinya (wanita dara tersebut).
Masalah
ini khilaf dikalanga ulama’
Sekufu
didalam perkahwinan
Sekufu
bermakna persamaan.Sekufu tidak wujud pada Allah taala kerana tiada
yang dapat menandinginya dan sama dengannya,maha suci Allah.Firman Jalla wa
a’la :
ولم يكن له كفوا أحد
Terjemahan
: Tiada yang setara dengannya ( Allah )
Sekufu
dalam perkahwinan adalah “Seorang
lelaki yang mempunyai persamaan taraf dengan seseorang wanita” [kitab Lisan
Arab : 69/3].
Sekufu
seperti agamanya,nasab keturunannya,merdeka,hartanya dan kerjayanya serta
banyak lagi.
Hak
sekufu adalah khusus untuk perempuan dan walinya sahaja.( mazhab Hanafi).Samada
wanita itu mahu atau tidak mahu berkahwin dengan orang yang tidak
sekufu.Sekiranya perempuan dan walinya redha akan lelaki yang tidak
sekufu dengannya maka tiada halangan untuk lelaki dan perempuan itu berkahwin
dengan syarat mampu membayar mahar pendahuluan dan mampu memberi nafkah pada
masa akan datang . Perempuan ada hak untuk fasakh perkahwinan dengan sebab
lelaki tidak sekufu dengannya.Contoh perempuan tersebut seorang perdana menteri
sudah terbiasa dengan hidup mewah,pakai kereta mewah,berpakaian mewah dan sudah
terbiasa dengan kos sara hidup tinggi tiba-tiba berkahwin dengan lelaki yang
tidak sekufu seperti tukang kutip sampah,mana mungkin si lelaki ini mampu hidup
denga kos sara hidup yang tinggi.
Kebiasaan
muslimin zaman kini hanya melihat pada agama dan harta sahaja dalam menuju
kearah bayt muslim.Tabiat yang Sekufu disisi pandangan mazhab maliki adalah
agama dan darjat sahaja. Disisi imam Hanafi sekufu dilihat pada nasab
(keturunan),seorang yang merdeka(bukan hamba) ,beharta dan darjatnya.
Imam
Syafie memilih sekufu itu dilihat pada agama , nasab , merdeka , kerjaya
,dan selamat dari kecacatan atau penyakit .Kita lihat undang-undang di
Malaysia sekarang jika ingin berkahwin hendaklah tiada penyakit HIV. Undang-
undang ini diambil berdasarkan pendapat imam syafie diatas.
Imam
Ahmad yakni pengasas mazhab Hhanabilah berpendapat sekufu itu pada darjat ,
agama , kerjaya , merdeka , dan mampu membayar nafqah perkahwinan.
Nabi s.a.w bersabda: “Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim).
Maksudnya " Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
Yakinlah bahawa wanita solehah hanya untuk yang soleh,dan lelaki yang soleh hanya milik wanita yang solehah,itu janji tuhan bukan perkara palsu dan main2.Kita tidak tahu bakal pasangan kita,jika kita mengimpikan seorang yang soleh atau solehah jadilah hamba yang bertakwa bukan wara' semata-mata.Tidak hairan jika kita mendapat pasangan yang buruk padahal kita melihatnya seorang soleh,hakikatnya dia buruk pada dalamnya buat dosa secara sembunyi semua itu hanya Allah yang mengetahui segalanya.Ayuh jadi hamba yang baik dan soleh apa salahnya.Kita yang memilih perbuatan samada ke neraka atau syurga,Tetapi jangan menyangka masuk syurga itu dengan amalan tetapi ia disertai redha Allah.kita adalah diri kita yang menanggung segalanya atas perbuatan yang dilakukan.Alangkah bahagia jika kita dapat membina bayt muslim dengan seorang yang sangat baik dan soleh yang mendekatkan kita kepada Allah Azza wajala.Semoga dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah.