Tanah Arab Kembali kepada menghijau dan wujudnya sungai-sungai


Musibah kebakaran di rusia dan ketandusan tanah yang berlaku di lu liang(china),juga banjir di pakistan atau negara2 lain.Semua perubahan ini mungkin ada kaitan dengan tanda2 dinegara arab akan menjadi bumi yang hijau dan lahirnya sungai.

Salji di tanah arab tabuk juga boleh membentuk sungai.Apakah alamat ini..




وحَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيُّ، عَنْ سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ K قَالَ: " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ الْمَالُ وَيَفِيضَ، حَتَّى يَخْرُجَ الرَّجُلُ بِزَكَاةِ مَالِهِ، فَلَا يَجِدُ أَحَدًا يَقْبَلُهَا مِنْهُ، وَحَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا "

 Dan Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Abdurrahman Al Qari dari Suhail dari bapaknya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak akan terjadi hari kiamat, sebelum harta kekayaan telah tertumpuk dan melimpah ruah, hingga seorang laki-laki pergi ke mana-mana sambil membawa harta zakatnya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang pun yang bersedia menerima zakatnya itu. Dan sehingga tanah Arab menjadi subur Makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai."

Hadis dari kitab sohih muslim yang bernombor 1687.

قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ

1.Ibnu hajar melabelkannya sebagai seorang yang siqoh dan sabit
2.Ibu hatim ar-rozi mengiktirafnya sebagai seorang yang siqoh juga
3.Az-zahabi menyatakan belia seorang imam hadis

*Semua perowi diatas telah disepakati oleh ulama hadis bahawa mereka  siqoh(dipercayai).Jadi tiada masalah pada perowi.



Matan hadis selain sohih muslim  " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا

1)Sohih ibnu hibban no 6855
2)Musnad Ahmad bin hanbali hadis no 8633
3)Mustadrok Al-hakim hadis no8563

Darjat Hadis diatas diyakini disisi ahli hadis sebagai 50% hadis sohih dan %50 lagi sebagai Hasan.
Kesimpulannya hadis diatas boleh dijadikan hujjah,dipercayai,diamalkan dan dipegang.
Saya juga meyakini hadis ini 70% peratus sebagai hadis dan ucapan dari Nabi Muhammad s.a.w. kerana darjatnya bukan hadis dhoif.

Tafsiran dan pendapat tentang makna  hadis (" لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا")

Ramalan daripada nabi kita mengatakan bahawa tanah arab akan kembali menjadi tanah yang berumput,dan wujudnya sungai-sungai.

1.Ertinya pada zaman dahulu tanah arab berumput dan wujudnya sungai-sungai,juga taman-taman.

2.Sebelum akhirnya hayat bumi dan sebelum berlakunya qiamat,Tanah dibumi arab akan kembali seperti zaman dahulu yaitu tanah yang kehijauan dan wujud aliran air yang berterusan(sungai) di persekitaran rumah/tempat tinggal manusia.

Syeikh Abdul Majid Az-zandani seorang ulama Geologi mengatakan "Daripada fakta-fakta saintifik yang telah dikaji oleh ahli-ahli geologi bahawa padang pasir Semenanjung Arab pada hari ini  seumpama pada zaman dahulu mulanya kewujudan kebun dan taman-taman, dan bukti penggalian arkeologi menunjukkan bahawa tanah arab masakini telah wujud padang yang berumput dan sungai-sungai dan bukti yang lebih jelas apa yang berlaku di kampung , "الفاو  " , yang telah dijumpai di jazeerah arab"

Tamadun arab zaman dahulu pernah wujud di kampung al-fau ini.Semestinya zaman mereka dahulu terdapat bekalan air dan terdapat tumbuh-tumbuhan untuk menjamin makan minum mereka.Mungkin tamadun ini berakhir kerana ketiadaan sumber2 air atau kehilangan sumber tanah buktinya Kampung al-fau ini kering kontang tiada tumbuhan dan hasil tanah.Tetapi pada masa kini(2013) ahli Geologi mendapati kawasan ini mula diwarnai tumbuhan hijau seperti rumput dan pokok2.

Adapun kembalinya Jazirah arab kepada wujudnya sungai dan padang yang menghijau katanya lagi  "Ini memang realiti yang berlaku...Kami ahli geologi mendapati : apa yang berlaku tentang  iklim(cuaca) yang dilalui oleh bumi  termasuk zaman glasier(berlaku timbunan besar ais yang merebak perlahan-lahan dipermukaan bumi ) dan zaman kini akan berlakunya perubahan cuaca bumi dan telah terdapat perubahan cuaca  yang menjadikan negara-negara Arab menjadi sejuk dan wujudnya hujan seperti disemenanjung negara2 lain  dan sungainya seperti sungai-sungai di dunia. "

Sheikh al-Zindani meyakini hadis diatas beserta ramalan yg berlaku,berdasarkan kata-kata Rasulullah

"(tidak sampai ilmu (sains) ini, melainkan ia diilhamkan oleh yang maha besar (Allah"

"ويعلّق الشيخ الزنداني على هذه المعلومات بقوله: " فالرسول - صلى الله عليه وسلم - لم يصل إلى هذا العلم إلا بوحي علويّ" ( 1)



gambar kawasan tabuk dibukit lauz



Gambar kejadian yang tidak pernah berlaku di Jazeerah Tanah arab(saudi) yaitu penurunan salji.



[Imam Masjidil Haram, Syeikh Su’ud Syuraim, menyatakan bahawa hal tersebut telah membuktikan bahawa Muhammad saw benar-benar seorang nabi dan rasul yang menerima wahyu dari Allah swt, lapor 
Beliau mengatakan bahwa salji adalah komponen utama dalam pembentukan sungai dan tumbuhan. Berjatuhannya salji di Jazirah Arab membuktikan kebenaran Rasulullah saw. Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw. bersabda, “Hari Kiamat baru akan datang setelah negeri Arab kembali menjadi padang yang hijau dan sungai-sungai.”

Syeikh Syuraim juga menyebutkan bahwaa baru-baru ini salju telah turun di daerah Tabuk. Kita lansung teringat dengan perkataan Rasulullah saw. kepada Muadz ketika perang Tabuk, “Kalau umurmu panjang, maka engkau akan melihat tempat ini penuh dengan kebun-kebun.”

Fenomena Hujan Salji Melanda Arab Saudi - Petanda Jelas Akhir Zaman?

Sesuatu yang janggal terjadi pada Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan berita bahawa Tabuk—salah satu lokasi perang yang terjadi pada zaman Rasulullah—dilanda salji yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihantam ribut yang sangat dahsyat.
 ] (2)

Adapun mesir semenanjung yang berbeza kerana ia dibawah benua afrika
rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Mesir


Kesimpulannya berdasarkan bahan  kajian yang tidak seberapa ini saya hanya meyakini 60% sahaja kerana tiada bahan-bahan lain yang jelas menunjukkan ramalan ini akan betul-betul terjadi ,ramalan Rosul s.a.w  memang betul berdasarkan hadis diatas.Mungkin ramalan ini sedang/permulaan dalam proses wujudnya kejadian sungai-sungai dan taman-taman atau pokok yang menghijaui di tanah arab.Ini  menunjukkan tanda-tanda kecil akan berlakunya Qiamat.Bukan ramalan ini sahaja membuktikan ia,bahkan alamat qiamat yang lain telah wujud.Banyak perkara aneh telah wujud,semua malapetaka seakan-akan  menunjukkan kepada kita sesuatu yang besar akan berlaku.Mungkinkah  perkara aneh akan berlaku lagi di tanah arab
 selepas ini?Jadi apakah persedian kamu sebagai hamba Allah?Banyakkan amalan soleh yang telah kamu lakukan?

-Tibanya Qiamat yang besar maka taubat seorang hamba tidak lagi bernilai -
-Perjuangkan yang terbaik didalam hidup ini sehinggalah ke akhir hayatmu-
-Praktik atau beramallah dengan ilmumu sebelum sampai ajalmu-



"لا تقوم الساعة حتى يمطر الناس مطراً عاماً ولا تنبت الأرض شيئًا - رواه أحمد"

أخرج أحمد عن أبي هريرة قال قال رسول الله {صلى الله عليه وسلم} ( لا تقوم الساعة حتى تعود أرض العرب مروجا وأنهارا وحتى يسير الراكب بين العراق ومكة لا يخاف إلا ضلال الطريق )


حديث عن ارض العرب : (لا تقوم الساعة حتى تعود أرض العرب مروجًا وأنهارًا) على أن بلاد العرب كانت خضراء، وستعود كذلك، وهذا ما أكدته الدراسات الجيولوجية من أن الجزيرة مرت بثمان دورات مطيرة مطرًا شديدًا تخللتها سبع دورات جفاف، وأننا في دورة
الجفاف السابعة ويتوقع العلماء أن تتحول هذه الدورة إلى دورة أمطار مرة أخرى. وهناك شواهد علمية كثيرة تؤكد ذلك.



 Rainfall in Tabuk Area falls in the winter months from November to March and precipitation ranges between 50 – 150 mm with some not uncommon snow every 3–4 years.(3)


Apa pula bencana yang mungkin bakal berlaku  di Malaysia??
Apakah iklimnya juga akan berubah seperti yang berlaku di Jazeerah arab?
Mungkinkah Malaysia akan mempunyai empat musim juga selepas ini.Mungkin salji akan kerap kali turun di Malaysia nanti selepas apa yang berlaku di Indonesia dan vietnam baru-baru ini.

"Pemanasan global dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.

Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.

Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.

Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.

Kini, perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia "(4)

Adakah ini menandakan Kedudukan matahari juga berubah iaitu tanda2 kiamat matahari terbit dari barat ke timur.Adakah matahari juga dalam proses kearah itu?

Sekarang terdapat banyak tanda-tanda bahawa negara yang dikenali dengan cuaca panas yang berpanjangan akan berubah kepada suhu uklim yang sejuk,dan negara sejuk akan berubah kepada suhu iklim yang panas.

______________________________


  1. الكتاب : التقنية الحديثة في خدمة السنة النبوية ـ دراسة تطبيقية على بعض أحاديث الإمام البخاري( المؤلف : عبدالله محمد دمفو)
  2. (2)dakwatuna.com
  3. (3) http://en.wikipedia.org/wiki/Tabuk,_Saudi_Arabia
  4. (3)rujuk blog http://taotauajer.blogspot.com/2013/12/gempar-kutub-bumi-sedang-berubah-dan.html

Sentuhan hati



Wahai jiwa yang diciptakan,Allah menjadikan segala anggota badan kita agar digunakan dengan sebaiknya samada untuk ibadah,pekerjaan dan lain-lain.

Sungguh tabah seorang budak perempuan yang kecil didalam video diatas,dia tidak kecewa diatas apa yang dialaminya(ulang x5 minit 0:45-:48 ).Tabahnya seorang jiwa yang tidak kenal putus asa,subhanallah.Disebalik kesukarannya yang dia alami,dia masih mampu memberi secebis senyuman.
Ingatlah panca-indera kita hanya dipinjamkan kepada kita sebagai manusia,dan kelak anggota tersebut akan pergi kepada penciptanya.Dialam qubur nanti anggota kita salah satu yang membuktikan amalan kita.

Sayangilah yang kecil dan hormatilah yang tua.Semoga kita mampu menhargai orang disekeliling kita(pesan untuk diri) walaupun orang tersebut buta dan tuli.Jangan putus asa andai segala perancangan kita gagal kerana disana ada nilai yang kita tidak mampu menilai.Kata Allah "tiada bagi manusia melainkan apa yang dia usahakan(wa'an laisa lil'insan illa ma sa'a)".Setiap amalan ada akibatnya dan pahalanya.Jauhlah sifat merungut tentang apa yang ada pada diri kita.jauhlah rungutan tentang asal kejadian kita.jauhlah merungut kerana ia akan menjadikan kita sebagai manusia yang tidak bersyukur.

continue.....

(video sekadar lakonan)


Jangan Syu'un Zhon pada Allah

PERNAHKAH KAMU TERTANYA-TANYA MENGAPA TUHAN MENCIPTA KEBURUKAN?


Bagaimana kamu mengatakan tuhan itu Maha sempurna, Maha bijaksana ,Maha sem-purna ,dan Maha kasih sayang.Padahal dia menciptakan pelbagai keburukan dan keja-hatan sama ada dibumi atau dilangit.Dia mengadakan malapetaka dan pelbagai bencana ,seperti wabak ,penyakit ,ketuaan ,kematian ,gempa bumi ,lahar panas dan dingin dari gunung ,kuman-kuman ,racun ,cuaca buruk ,kadang-kadang sangat panas atau sangat dingin sehinga membekukan(keadaan di Jordan;ETC) ,mengadakan rasa sakit pada badan dan hati,perasaan duka dan kecewa pada sesuatu amalan dan harapan umpamanya cinta,dan mengenakan  musibah pada golongan yang lemah tidak kira atau muda dan akhir sekali musibah kepada mereka yang telah melakukan amalan soleh.

Jika tuhan itu Maha pengasih dan dianggap lambang keindahan dan kebajikan atau penuh keadilan,Mengapa dan kenapa dia tetap mewujudkan kebencian , keburukan dan kejahatan-kejahatan?.Kadang-kadang persoalan sebegini timbul di dalam pemikiran kita yang penuh rasa kecewa dengan apa yang berlaku disekeliling kita.Jika ada pertanyaan sebegini,jauhilah ia.kelak kamu akan kecewa dialam  yang bakal kamu susuli.

Janganlah menggunakan hukum akal sahaja di dalam menghukum sesuatu perkara sama kecil atau besar,tetapi gunalah petunjuk iaitu Al-quran dan As-sunah di dalam ke-hidupan kamu,dan kiaslah akal kamu berdasarkan petunjuk itu.
Sungguh besar persoalan di atas sehingga melampaui batas agama,ketahuilah itulah dinamakan pemikiran yang batil yang sentiasa wujud pada golongan “ATHEIS”.Dan go-longan pemikir yang terlampau dalam ilmu Falsafah.

Yakin dan Berimanlah bahawa Allah itu Maha segala Maha.Kuasa di atas segala kuasa,dan dia yang memberi rahmat kepada semua makhluk dan sayangnya kepada mereka yang bertakwa.Allah tidak pernah menganjurkan perbuatan yang buruk dan mungkar.Bahkan dia menunjukkan kebijaksanaannya dengan pelbagai cara yang penuh hikmah agar kamu berfikir.Banyak firman Allah taala di dalam kitab suci islam supaya kita berfikir dan mengerti tentang ayat-ayatnya dalam mencari kebenaran “minha” fir-man Azza Wajalla :

( لَقَدْ أَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ كِتَابًا فِيهِ ذِكْرُكُمْ أَفَلا تَعْقِلُونَ )

-Surah al-anbiya’:10-

(أفلا تعقلون أو لا يعلمون أن الله يعلم ما يسرون وما يعلنون)

Surah albaqarah :76-77


(وهو الذي يحي ويميت وَله اختلافُ اليل والنهار أفلا تعقلونَ )

[ al-mu’minun : 80 ]
Dan dialah yang menghidupkan dan mematikan dan dialah yang mengatur gentian malam dan siang,tidakkan kamu berfikir


إن الله لا يأمر بالفحشاء  أتقولون على الله ما لا تعلمون)
أمر ربي بالقسط وأقيموا وجوهكم  عند كل مسجد(

Surah al-a’raf: 28-29
Allah tidak menganjurkan perbuatan-perbuatan yang keji.Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu ketahui? Katakanlah (hai muhammad) :Tuhanku memerintahkan untuk melakukan kebaikan dan pusatkanllah perhatianmu padanya(kebaikan) disegala lapangan(sujud)”

Tuhan tak pernah menganjurkan selain hanya kebaikan dan keadilan,kasih sayang dan pengampunan,serta lain-lain sebagainya.Dan dia takkan menerima amalan dari ham-banya melainkan yang baik-baik saje.

Tetapi mengapa tuhan membiarkan penjahat-penjahat bebas melakukan pembunuhan , kerosakan , kecurian ,perkosaan dan sebagainya?

Memang Tuhan memberi kebebasan dan kebebasan itu tidak terlepas dari akibat2 sampingan sama ada didunia @ akhirat.Firman Allah taala :

إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَاقِعٌ  مَا لَهُ مِنْ دَافِعٍ

surah thur:ayat 7-8
“Sesungguhnya Azab tuhanmu pasti terjadi.Tidak sesuatu pun yang dapat menolaknya”


Kita semua bebas untuk taat kepada Allah @ bermaksiat dan derhaka,tetapi kebebasan itu akan ada akibat baik dan buruknya.Allah Maha adil dan dia akan mengadili kebebasan yang kamu pilih.Kebebasan yang hak adalah yang tidak maksiat pada Allah yakni berpendirian bebas tetapi mesti patuh pada Allah.Kebebasan dengan segala suka dan dukanya,bagi sesetengah  manusia lebih baik daripada dijajah kerana ia penuh kesejahteraan.Tuhan membiarkan kita melakukan kesalahan-kesalahan yang akibatnya mendatangkan penderitaan untuk mengambil pelajaran dari penderitaan tersebut,di mana kita akan berrtambah pengalaman.Demi kebijaksanaan itu,Tuhan memberi kesempatan untuk kekejian dan keburukan terus terjadi.Lagipun apa gunanya kita diciptakan tanpa terkena ujian.Jika begitu semua manusia baik2 belaka dan semua masuk syurga,siapa yang akan masuk neraka jika demikian,dan sia2lah Neraka diciptakan jika manusia soleh semua.Apakah kamu tidak memikirkannya?


هَذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

yasin:63

Keburukan dan kekejian bukannya sering terjadi bahkan jarang atau tak pernah ter-jadi.Seperti kesihatan badan, panjang waktu sihat tersebut tetapi penyakit hanya da-tang sementara menghinggap bahkan pendek waktu sakit tersebut.Kebiasaan sepan-jang hidup kita sentiasa dalam keadaan sihat dan afiat,hanya beberapa waktu saja kita jatuh sakit. Lagipun kerana ada penyakitlah ,kemahiran dan ilmu kedoktoran semakin padu dan semakin terhasil dalam mengubati wabat @ penyakit berat.Dari bisa ular yg mematikan,terhasillah penawar yg memujaratkan.Dari kuman juga terhasil penawar yg dinamakan vaksin atau makanan yogurt(kalau x silap,jika salah emelkan) dan lain2.Jika tiada penyakit maka kemahiran dan ilmu kedoktoran terbantut hanya be-rada di takat itu saje dan bidang2 baru takkan wujud dalam ilmu tersebut,padahal manusia semakin bertambah dan memerlukan pekerjaan yang luas.Pernahkah kita fikirkan?


Gempa bumi jarang terjadi,dan tidak terus menerus.Hanya beberapa minit saje ia ber-laku.Begitu juga gunung-gunung berapi tidak selalu memuntahkan lahar panas atau dingin.Gempa bumi positifnya meringankan tekanan-tekanan yg ada di perut bumi dan menghindarkan kulitnya dari kerosakan seperti kawah-kawah serta memantapkan gunung-ganang itu sebagai pengikat dan penyanggah permukaan bumi.Jika bumi tanpa gunung maka mudahlah air laut @ sungai membanjiri sesuatu tempat kerana tempat itu rata tanpa gunung.Hakikatnya gunung itu kalau tak silap ia memuntahkan kekayaan yg terpendam dari hasil perut bumi dan menyuburkan tanah sekali(Negara….).


Peperangan pula melahirkan rasa  kenyerian,kenyerian pula mengajar erti ketaba-han.Ia juga mempersatukan bangsa dan membentuk persekutuan contohnya PBB juga terbentuk darinya mahkamah internasional iaitu Dewan keamanan yang selalu kita lihat dalam berita TV1 Malaysia tu(iklan pula ya).Dalam PBB,mereka menerima aduan sesama anggata Negara yg terlibat dan terus mencari jalan kedamaian.Selain itu terciptalah dari peperangan ilmu baru yakni ilmu senjata yg kita lihat pelbagai senjata canggih umpamanya tenaga atom,nuclear,pesawat militer dan roket2 untuk pertahanan Negara. 

Andaikata jika nenek moyang kita hidup selama-lamanya dan tidak mati,mungkinkah kita mampu mengganti mereka dalam kepimpinan dan kedudukan tertentu,semestinya tidakkan?.Bahkan mungkin menyusahkan kita dengan keadaannya yg lemah itu asbabnya kerana tua,lainlah klu x tua(inmortal).Fikirkan tentang firman Allah taala ini:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati


Tanpa keburukan kita takkan mengenal keindahan,kecantikan,keagungan dan keluhuran.Melihat para2 ilmuan sekarang sesetangah dari mereka suka sangat men-cari dan mencipta keburukan sesama mereka,padahal mereka bersaudara.Muslim saudaranya muslim,yang menjaga lisannya dan maruahnya,haram pertumpahan darah dan makan harta tanpa izinnya.


Kedukaan dan kesengsaraan mempunyai fungsi iaitu menguji sikap mental manusia dan membongkar isi hati mereka.Pengakhiran cinta pada seseorang juga mengajar kita erti cinta,bertuah kita kerana pernah merasai cinta yg lahir dari hati yg ikhlas,dan merasai perasaan rindu yg mendalam yg tidak pernah kita alami sebelum bercinta.

Kata imam ghazali “Segala keburukan dialam ini adalah sebagai pelengkap2.Busur panah takkan berfungsi sekiranya tidak lengkung”

Apakah kita mengharapkan kehidupan tanpa kematian?

Apakah kita ingin sihat dan afiat selama2nya tanpa sakit sama sekali?

Apakah kita ingin hidup tetap muda tanpa tua?Tanpa lemah?Tanpa ada kekurangan sedikit pun?

Apakah ingin hidup bebas tanpa aturan?Tanpa syariat?Dan sentiasa betul?Atau ingin kesempurnaan mutlak?

Apakah ingin hidup tanpa amal dan sentiada relax je?,semua ini melampau.Bahkan tuhan pun melakukan sesuatu untuk makhluknya dengan mencipta Alam ini;bumi,air,udara,bintang2 di langit dan segala-galanya.Dan apa pula yang kamu lakukan didunia ini?Apa jasamu pada pencipta?


“الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والعاجز من اتبع نفسه هواها ، وتمنى على الله “.


Ertinya; “Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan  bercita-cita untuk mendapat  keredaan  Allah tanpa beramal”.





هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ

Dia(Allah) yang menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari”-(surah Al-hadid:4)


أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُسَمًّى وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ


Apakah kamu tidak memikirkan tentang kejadian diri mereka?Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang wujud  pada keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan dalam waktu yang ditentukan.Dan sesunggunya banyak di antara manusia  benar-benar mengingkari pertemuan dengan tuhannya(Allah)



 (وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيم )
Yasin:38



Sedarlah yang sempurna Hanya satu,yaitu Allah ; tuhan yg Maha Esa.
Mereka hanya menghendaki dunia sebagai syurga ,tetapi apa yg mereka perjuangkan dan lakukan untuk dapatkan jannah?

Semua kebajikan dan kebaikan datang dari anugerah tuhan.Dan segala keburukan dan kemungkaran datang dari perbuatan kita sendiri.

Saya mengajak kamu supaya berfikir tentang ayat-ayat Allah,jika apa yg ditulis ini terasa buruk bagi kamu maka ia datang dari saya,dan yg baik itu datang dari Azza Wajalla,akhir sekali hayatilah ayat ini :


اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ

 كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا

وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ 

وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُور

(Surah Al-hadid:ayat 20)


Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan  dan tempat kebanggaan bagi kamu serta tempat perlumbaan dalam mencari kekayaan dan anak keturunan; (perumpamaan kehidupan) seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan para petani;kemudian ia menjadi kering dan kamu lihat warnanya menjadi kuning kemudia hancur.Dan di akhirat kelak ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah serta keredhoannya.Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsuِ

Oh! mungkin kamu ingin kesempurnaan MUTLAK.!
Jika demikian kamu seumpama tuhan.
Mungkin bila kamu menjadi tuhan barulah kamu berpuas hati.Sungguh bahaya pemikiran ini.Sedarlah tiada tuhan melainkan Allah.Jangan sesekali syirik dan tidak taat padanya.

Aku mencabar kamu ciptakan seekor nyamuk atau lalat jika kamu berasa benar dan berkuasa!
Aku mencabar kamu ciptakan satu ayat quran jika kamu benar wahai Nasroni( kristian) ,Yahudi dan wahai Atheis !?

Solat Sunat Awwabin dan sunat Tahajjud

Sunat Awwabin tidak boleh diamalkan kerana matan hadisnya terlampau dhoif(lemah)


حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ يَعْنِي مُحَمَّدَ بْنَ الْعَلَاءِ الْهَمْدَانِيَّ، حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ، حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ أَبِي خَثْعَمٍ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ K: " مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً ".

{Iman Bukhari mengatakan ini adalah hadis dhoif jiddan (sangat lemah-x boleg dipercayai) kerana عُمَرُ بْنُ أَبِي خَثْعَمٍ adalah seorang mungkar hadis (pereka hadis)}

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.
(Imam hadis x mengkhusukan solat ini dgn solat awwabin tetapi umum untuk mana2 solat sunat, mereka meletakkan hadis ni dlm bab targhib watarhib) 

(Ada diantara muslim yg tinggalkan solat fardhu kerana bagi mereka cukuplah solat awwabin 1 kali dalam sebulan kerana kurang faham bab pahala, waiyazubillah!)

Hadis ini Dhoif tidak boleh diamalkan.Jangan amalkan solat sunat yang dikhusukan dgn awwabin ini sebelum kamu sendiri buat kajian tentang amalan ini.Setiap amalan yang direka2 maka ia bukan dari perintah Allah dan Rosul s.a.w.Amalan yang direka ini  diancam bagi mereka yg mengamalkannya dan boleh membawanya ke neraka.Sebagai orang yang bijak hendaklah dia buat kajian sendiri dan tanya pakar-pakar hadis.Saya sendiri tidak berani amalkan solat ini kerana ada masalah pada buktinya iaitu dalil hadis diatas.Sesiapa yg nak amalkan solat sunat ini saya tidak halang,tetapi sebelum buat amalan hendaklah anda buat kajian dahulu.Jangan jadi macam nasrani beramal tanpa ilmu.Buat amalan tanpa mengetahui asal usul solat diatas.

Pastikan dalil dari hadis mesti sohih atau hasan jika ingin beramal dengan mana-mana amalan.Jika hadis dhoif tidak sesuai diamalkan.Hadis dhoif hanya diterima jika berbentuk nasihat.Jika berkaitan dengan Ibadat dan Aqidah,maka hadis dhoif tidak diterima.Jika nak amalkan juga solatlah solat sunat y sudah maklum kebenarannya dan buatlah 6 rakaat(2"2"2) mudah-mudahan itulah y dimaksudkan dlm hadis diatas. Jgn sesekali khususkan niat solat awwabin kerana tiada bukti yg jelas dr nabi s. a. w, sahabat dan para ulama' (mujtahid mutlak) .



kaifiyat atau method solat ini seperti

  • dilakukan antara waktu Maghrib dan Isyak
  • Bilangan rakaatnya ialah 6 rakaat tiga salam
  • Hendaklah berniat :~
                                     "أصلي سنة الاوابين مع حفظ الايمان ركعتين لله تعالى"
              sengaja aku solat awwabin disertai dengan menjaga iman 2 rakaat kerana Allah taala.
  • Kemudian tahrim(takbir disertai dengan niat diatas) 
  • baca al-Fatihah kitab
  • Baca surah al-ikhlas x6 kali, surot Al-Falak x1,dan baca surOh An-Nas x1
  • Kemudian habiskan solat macam solat Fardhu juga
  • Selepas salam daripada solat tersebut hendaklah bangun semula teruskan melaksanakan 2 rakaat lagi
Dan niat seperti ni pula:
                                                   "أصلى سنة الأوابين ركعتين لله تعالى" 
                                      sengaja aku solat awWabin 2 rakaat kerana Allah taala.
  • Selepas Al-fatihah baca surah lazim mana2 surah yang diingini pada kedua-dua rakaat tersebut.
  • Selepas salam daripada solat diatas bangun solat 2 rakaat terakhir dengan lafaz 
                                            "أصلى سنة الأوابين مع الآستخارة ركعتين لله تعالى" 
                         Sengaja aku solat Aw-Wabin disertai istikhorah 2 rakaat kerana Allah taala
  • Bacaannya pada rakaat pertama selepas Al-Fatihah ialah surah Al-Kafirun
  • Dan pada rakaat kedua ialah suroh al_ikhlas.
  • Kemudian bacalah doa-doa yang tertentu agar ditetapkan iman dan agar khusuk dalam setiap ibadah yang dilakukan.
(amalan ni jelas salah sebab campur dgn solat istikhorah pula, campur 2 ibadah dlm satu niat, x pernah nabi ajar sebegini) (mereka siap khususkan surah apa y perlu dibaca. Innalillah!) 

Jika anda melihat mana2 muslim melakukan solat diatas maka tegur dan nasihatinya akan hakikat solat ini.Adapun jika mereka berdegil untuk amalkannya maka biarkan mereka.Diakhirat nanti Allah akan mengadili hujah mereka.

عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد ) رواه البخاري ومسلم ، وفي رواية لمسلم ( من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد ) .

 "Sesiapa mencipta perkara baru dalam perintah(Allah) ini yang bukan dari suruhannya maka ia tertolak " (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan dari suruhan kami(islam)  maka ia tertolak." (riwayat muslim)

Jauhilah Amalan yg bersumberkan hadis dhoif  kerana kebanyakan darinya bukan amalan yang diterima oleh ulama @ kebanyakan muslim.Bahkan Solat Awwabin ini jarang didengar oleh masyarakat awam.Beramallah dengan hadis sohih kerana ia benar dan dipercayai.


cc: maliki

Ingat! Berpeganglah dengan perkara yang sabit lagi sohih dalam mana2 ibadah seperti solat tahajjud dibawah:-

    Sunat Tahajjud

    Amalan ini dilakukan selepas bangun daripada tidur..amalan ini dikenali dikalangan orang melayu dengan nama "qiamullail" ia dilakukan pada 1/3 malam lebih kurang pukul 2 pagi atau blh dicam waktunya ketika keadaan teramat sunyi manusia sedang lena dengan mimpi2nya.Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

    Qiamullail=ada pendapat lain yang dimaksudkan dengannya adalah menghidupkan malam seperti solat terawih dibulan ramadhan, baca quran dan sebagainya yg dilakukan selepas solat isyak dan tidak perlu tidur. 

    Tahajjud pula amalan yg dilakukan selepas tidur dan bangun 1/3 daripada malam.Itu perbezaan disisi ahli bahasa. Rasanya x penting utk kita. Yg penting amalan. 



     “Dan pada sebahagian malam hari  Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
    (Surah Isra’; ayat 79)


    يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ    {Wahai orang yang berselimut}
     قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا {bangunlah solat pada malam hari walaupun sedikit}
    نِّصْفَهُ أَوِ انقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا {seperdua atau kurangkan lagi daripada seperdua itu }
    أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا {atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah Alquran tu dengan perlahan-lahan} 


    {surah al-muzzammil}




    • niat Untuk solat sunat ialah:~
                                                 "أصلّى سنّة التحهجّد ركعتين لله تعالى"
                             Sengaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah taala
    • kemudian takbir ,dan baca Al-fatihah dan bacalah mana2 surah pilihan
    • Ketika dalam faala rukun sujud terakhir bacalah doa ini:    
                        " وقل رب أدخلنى مدخل صدق وأخرجنى مخرج صدق واجعل لّى من لّدنك سلطانا نّصيرا"

    maksudnya:"oh tuhanku masukkanlah kepadaku pintu kebenaran dan keluarkanlah aku juga daripada pintu    kebenaran serta kurniakanlah untukku daripadamu seorang penolong"




    Ertinya : " Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum .


    Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan". Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah"


    Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

    Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

    KELEBIHAN

      1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
      2. Doa dimakbulkan Allah.
      3. Memperolehi ketenangan jiwa.
      4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
      5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
      6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
      7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
      8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
      9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
      10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
      11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
      12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
      13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
      14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
      15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
      16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
      17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
      18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

    #mungkin akan ada suatu zaman nanti solat rawatib pun dilakukan berjamaah(bukan cara nabi).Jika begitu hilanglah keaslian islam, manusia beribadah menggunakan akal logiknya sahaja tetapi tinggalkan sunnah rosul. Kononnya nak lebih pahala, padahal mereka x tahu yg islam telah sempurna dgn kewafatan nabi. Mereka x fikir yg zaman nabi adalah sebaik2 zaman dan sebaik2 ikutan. 




    Catatan Popular